2.3 juta pemegang CDL tidak aktif

PUTRAJAYA  20 Sept. – Sebanyak 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada sudah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli, berkata adalah menjadi kesalahan jika mereka memandu tanpa lesen aktif kerana ia akan menimbulkan pelbagai risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Justeru beliau menggesa semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun untuk memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara.

Langkah itu bagi mengelak kewajipan menduduki semula Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana institut memandu berdekatan untuk mendapatkan atau mengaktifkan semula lesen memandu berkenaan selaras ketetapan Akta 333.

Beliau mengingatkan, semua individu yang memandu kenderaan motor atas jalan perlu mempunyai lesen memandu sah dan berkuat kuasa selaras dengan ketetapan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Related posts

Leave a Comment