KUALA LUMPUR 20 Sept. – Walaupun negara kini berada dalam fasa endemik, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan pemantauan rapi secara berterusan susulan penularan varian baharu Covid-19, dikenali sebagai XFG. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata walaupun varian XFG adalah subvarian kepada Omicron, setakat ini tiada kebimbangan besar berhubung tahap keganasannya dengan hanya satu kematian setakat ini. Beliau memberitahu varian berkenaan tidak menunjukkan simptom yang lebih teruk berbanding Omicron lain. “Walaupun kadar penularannya lebih tinggi, ia tidak dikaitkan dengan peningkatan keganasan penyakit,” katanya selepas merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS)…
Read MoreDay: September 20, 2025
BN tidak tanding semua 73 kerusi
KOTA KINABALU 20 Sept. – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), sebaliknya hanya akan meletakkan calon di kawasan yang berpotensi menang. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ada jumlah kerusi yang akan diletakkan calon berdasarkan kepada kebolehmenangan di mana pendekatan itu bagi memastikan strategi yang lebih berfokus dan berkesan dalam menghadapi PRN Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Skuad Sukarelawan BN Negeri Sabah di Menara UMNO, di sini. Beliau pada masa sama optimis BN…
Read More2.3 juta pemegang CDL tidak aktif
PUTRAJAYA 20 Sept. – Sebanyak 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, sama ada sudah tamat tempoh atau tidak diperbaharui melebihi tiga tahun. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli, berkata adalah menjadi kesalahan jika mereka memandu tanpa lesen aktif kerana ia akan menimbulkan pelbagai risiko kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain. Justeru beliau menggesa semua pemegang CDL yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun untuk memperbaharui lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau mana-mana kaunter JPJ di seluruh negara. Langkah…
Read MoreTindakan SKMM melampau, ‘buli’ media – Pas
SEPANG 20 Sept. – Pas menyifatkan kompaun RM100,000 terhadap akhbar Sin Chew dan Sinar Harian berikutan kesilapan yang dilakukan oleh media terbabit sebelum ini sebagai tindakan melampau dan kelihatan seperti “membuli”. Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata, Pas turut berkongsi “kebimbangan serius” Majlis Media Malaysia (MMM) terhadap langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) itu. “Amaun kompaun tersebut melampau, seperti “membuli” media supaya akur kepada garis atau tekanan politik tertentu serta kemahuan kerajaan dengan mewujudkan iklim tapisan kendiri (self censorship) yang berpotensi menghakis peranan bebas media sebagai tonggak keempat demokrasi dan saluran…
Read MoreBerita pilihan….
Israel guna kekuatan luar biasa
BANDAR GAZA – Tentera Israel memberi amaran akan bertindak dengan kekuatan luar biasa di Bandar Gaza, dan mengulangi amaran kepada penduduk untuk melarikan diri ketika serangan darat diteruskan di pusat bandar terbesar di wilayah itu. Kota Gaza dibedil dengan serangan udara dan tembakan kereta kebal dalam usaha untuk menawannya, hampir dua tahun sejak perang yang memusnahkan wilayah Palestin dan menyebabkan bandar itu dilanda kebuluran yang diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Serangan itu berlaku menjelang langkah yang dirancang oleh beberapa kerajaan Barat, termasuk Britain dan Perancis, untuk mengiktiraf negara Palestin…
Read MoreKos cari perlindungan meningkat
ANKARA – Kos yang ditanggung sebuah keluarga untuk meninggalkan rumah mereka di Gaza ketika serangan Israel dianggarkan mencecah AS$3,180 iaitu AS$1,000 untuk teksi, AS$2,000 untuk khemah keluarga, dan AS$180 untuk ruang tanah. Menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), krisis kemanusiaan semakin buruk ketika kekurangan bahan api, larangan bekalan tempat perlindungan dan ruang sementara yang sesak. Dalam satu kenyataan di platform media sosial X, UNRWA turut menekankan pelbagai cabaran termasuk kemerosotan pendapatan isi rumah selepas hampir dua tahun perang. Justeru UNRWA menggesa masyarakat…
Read More