JOHOR BAHRU 13 Sept. – Harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter menjelang akhir bulan ini seperti dijanjikan kerajaan Madani, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau berkata, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat menikmati harga bahan api yang lebih rendah, berbanding harga sebenar di pasaran untuk meringankan beban rakyat. “Ada yang marah kerana September sudah tiba tetapi harga minyak belum turun. Saya kata sebelum akhir September. 10 September akhir bulan ke? 15 September akhir bulan ke? Tunggu sekejap. Turun atau tidak? turun. “Cuba beritahu saya, negara…
Read MoreDay: September 13, 2025
Pas tidak ketandusan calon PM
ALOR SETAR 13 Sept. – Pas tidak ketandusan tokoh untuk diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri (PM), namun mestilah memiliki empat ciri utama berpaksikan nilai Islam, bukan semata-mata berlandaskan populariti atau sokongan politik. Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata,, pemimpin yang layak memegang jawatan tertinggi negara perlu mempunyai sifat takut kepada Allah, beramal dengan syariat, membuat persediaan untuk akhirat serta reda dengan rezeki yang ditentukan walaupun sedikit. Beliau berkata, masyarakat sering mempersoalkan siapa calon Perdana Menteri daripada Pas, sedangkan bagi parti itu keutamaan bukanlah pada imej atau kemampuan berucap semata-mata, tetapi…
Read MoreLebih ramai rakan UMNO bakal sokong PN
YAN 13 Sept. – Lebih ramai rakan daripada UMNO khususnya yang tidak selesa dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan DAP berkemungkinan besar akan bersama-sama menyokong Perikatan Nasional (PN). Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengalaman membentuk kerajaan bersama UMNO sebelum ini banyak membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk lebih mengenali satu sama lain sehingga ke peringkat akar umbi. Katanya , faktor itu jugalah, memberi kesan besar kepada sokongan rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) lalu, apabila ramai ahli UMNO akhirnya mengundi PN, termasuk beberapa tokoh seperti Tan Sri…
Read MoreTokoh lainlah, bukan saya – Tuan Ibrahim
YAN 13 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menolak cadangan Dewan Pemuda Pas yang mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN). Beliau sebaliknya berkata, Pas mempunyai ramai tokoh lain yang lebih layak dan berwibawa untuk diberi peluang menerajui negara. “Tokoh lainlah, bukan saya. Profesional pun ada, pelbagai bidang pun ada. Dalam Pas, ramai tokoh hebat, jauh lebih hebat daripada saya. “Mereka ini sebenarnya kalau diberi peluang, insya-Allah rakyat akan nampak kejayaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen As Sabiqun Pas Pusat di Guar Chempedak…
Read MoreBerita pilihan…
50 lagi mangsa serangan Israel
GAZA – Serangan darat dan udara ke atas kota Gaza sejak Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh di mana 35 kematian berlaku di pusat bandar itu, manakala 15 lagi di kawasan lain. Tindakan ketenteraan itu dilakukan dalam usaha Israel untuk menguasai sepenuhnya pusat bandar terbesar di wilayah itu. Menurut Israel, kawasan itu adalah kubu terakhir kumpulan Hamas, yang bertanggungjawab melancarkan serangan pada 7 Oktober 2023 sehingga mencetuskan perang Gaza. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa memberi amaran terhadap serangan itu kerana bimbang ia akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang…
Read MoreDeklarasi New York dua negara lulus
NEW YORK – Deklarasi New York diluluskan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) PBB bagi menghidupkan semula penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin, tanpa pembabitan Hamas. Ia diluluskan dengan 142 undi menyokong, 10 menentang iaitu Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat (AS), Argentina, Hungary, Micronesia, Nauru, Palau, Papua New Guinea, Paraguay dan Tonga manakala 12 berkecuali. Ia dengan jelas mengecam Hamas dan menuntut kumpulan berkenaan menyerahkan senjata. Israel sebelum ini mengkritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama hampir dua tahun kerana enggan mengecam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023. Deklarasi…
Read More