Komponen PN juga berhak namakan calon PM

KUALA LUMPUR 8 Sept. –  Usul menamakan  Muhyiddin Yasin sebagai calon Perdana Menteri ke-11 bagi  mewakili Bersatu akan dibawa untuk dibincang dan diputuskan dalam Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN). Ketua Penerangan Bersatu,  Tun Faisal Ismail Aziz, berkata keputusan menamakan Muhyiddin adalah hak ahli Bersatu, malah ahli daripada komponen PN lain juga boleh menamakan calon pemimpin mereka ke jawatan itu. “Setiap anggota komponen PN mempunyai hak untuk menamakan calon Perdana Menteri ke-11 daripada parti masing-masing. “Seperti Bersatu, (parti komponen PN lain) angkatlah keputusan ini (calon Perdana Menteri masing-masing) ke dalam Majlis…

Read More

Kaji naikkan harga beras tempatan

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji permintaan menaikkan harga runcit beras putih tempatan (BPT) sebanyak RM1 kepada RM3.60 sekilogram, kata Menterinya, Mohamad Sabu. Beliau berkata, langkah itu berikutan penurunan harga beras import yang dengan sendirinya mengurangkan permintaan terhadap beras tempatan. “Kita buat kajian dan meneliti perkara itu disebabkan harga beras import sudah turun, tetapi kenaikan harga tidak boleh dibuat tergesa-gesa sebab perubahan harga akan sentiasa berlaku. “Beras import sekarang memang murah dan kita sedang membuat kajian intensif,” katanya ketika selepas merasmikan Forum Pengairan…

Read More

Ustaz Wadi Annuar cari tarikh baharu ceramah

SEPANG 8 Sept. – Tarikh baharu akan ditetapkan bagi membolehkan ceramah Ustaz Wadi Annuar diteruskan di Masjid Sri Sendayan, Rembau selepas pembatalan program Healing De’ Masjid yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini. Menerusi hantaran di Facebooknya, penceramah bebas itu mengucapkan terima jasih atas keperihatinan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)  Dr Mohd Na’im Mokhtar berhubung pembatalan program ceramah itu. “Ucapan penghargaan ditujukan kepada pihak masjid atas kesungguhan mengimarahkan masjid dengan program dakwah sejak dahulu dan memastikan ceramah ini tetap berjaya dilaksanakan walaupun mengalami sedikit masalah. Semoga Allah SWT memberkati…

Read More

Amaran akhir Trump terhadap Hamas

WASHINGTON – Donald Trump, mengeluarkan amaran terakhir kepada Hamas untuk menerima perjanjian membebaskan tebusan di Gaza selepas mendakwa Israel menerima syarat Presiden Amerka Syarijat itu. “Kini masanya Hamas juga menerima. Saya sudah memberi amaran kepada Hamas mengenai akibatnya jika mereka enggan menerima. Ini adalah amaran terakhir saya,” tegas Trump di laman media sosial. Hamas bagaimanapun menyatakan kesediaannya untuk segera duduk di meja rundingan selepas menerima beberapa idea daripada pihak AS bagi mencapai persetujuan gencatan senjata. Awal Mac lalu, Trump pernah mengeluarkan amaran terakhir serupa kepada Hamas yang menuntut kumpulan itu…

Read More

UAE, Jordan teguh sokong Palestin

ABU DHABI – Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Jordan menegaskan semula pendirian teguh menyokong hak rakyat Palestin dan menolak sebarang tindakan Israel yang menjejaskan tanah Palestin atau mengancam kestabilan serantau. Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Raja Jordan Raja Abdullah II menzahirkan kepentingan usaha antarabangsa untuk mencapai keamanan yang adil dan menyeluruh. Mereka merujuk kepada penyelesaian dua negara dan mengulangi penentangan terhadap rancangan Israel untuk mengilhak sebahagian Tebing Barat, mengusir rakyat Palestin, atau meluaskan penempatan haram Israel. Kedua-dua pemimpin itu dalam pertemuan di Abu Dhabi, turut menyatakan…

Read More