Kerusi Presiden Gerakan timbul persoalan

KEPALA BATAS 26 Julai –  Di mana kerusi Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chaipada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang pada 12 Ogos ini?

Berdasarkan senarai edaran, nama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang itu di N38 Bayan Lepas, tetapi tidak diumumkan oleh Naib Presiden Bersatu, Dr Ronald Kiandee.

Sebelum ini tular dakwaan Lau akan bertanding di DUN Telok Ayer Tawar yang juga kerusi majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, yang mencetus bantahan dalam kalangan Pemuda Pas di kawasan itu.

Terkini, tular dakwaan jentera Pas Bayan Lepas akan menutup bilik gerakan operasi sekiranya Lau bertanding di kerusi DUN itu yang tradisinya ditandingi Pas.

Sementara itu, tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN Pulau Pinang yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan mempertahankan kerusi mereka pada PRN kali ini.

Mereka terdiri daripada penyandang kerusi DUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah dari Pas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) yang kedua-duanya daripada daripada Bersatu.

Turut dicalonkan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff yang akan bertanding di DUN Sungai Dua, Timbalan Presiden Gerakan yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong di DUN Pantai Jerejak dan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pulau Pinang, Zulkifli Bakar  di DUN Penanti.

Secara keseluruhan, PN mempertaruhkan lebih separuh muka baharu termasuk satu-satunya calon wanita iaitu Heng See Lin dari Gerakan yang akan bertanding di kerusi DUN Datuk Keramat.

Gerakan mendahului dengan 19 daripaad 39 kerusi diumumkan diikuti Bersatu dengan 11 kerusi, selain Pas dengan 10 kerusi termasuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Berikut senarai penuh calon PN Pulau Pinang

N1 Penaga – Mohd Yusni Mat Piah (PAS)

N2 Bertam – Khaliq Mehtab Mohd Isyaq (Bersatu)

N3 Pinang Tunggal – Bukhori Ghazali (PAS)

N4 Permatang Berangan – Mohd Sobri Salleh (PAS)

N5 Sungai Dua – Muhammad Fauzi Yusoff (PAS)

N6 Telok Ayer Tawar – Azmi Alang (Bersatu)

N7 Sungai Puyu – Teoh Chin Siang (PAS-DHPP)

N8 Bagan Jermal – Ong Chuan Jin (Bersatu-Bersekutu)

N9 Bagan Dalam – Jayaraman K Kunchu Kannu (PAS-DHPP)

N10 Seberang Jaya – Izhar Shah Arif Shah (Bersatu)

N11 Permatang Pasir – Amir Hamzah Abdul Hashim @ Md Hashim (PAS)

N12 Penanti – Zulkefli Bakar (Bersatu)

N13 Berapit – Lee Kok Keong (Gerakan)

N14 Machang Bubuk – Tan Hum Wei (Gerakan)

N15 Padang Lalang – Suresh Devaraj Naidu (Bersatu-Bersekutu)

N16 Perai – Sivasuntaram Rajalinggam (Gerakan)

N17 Bukit Tengah – Baljit Singh Jigiri Singh (Gerakan)

N18 Bukit Tambun – Tan Gia Wei (Gerakan)

N19 Jawi – Koh Tien Yew (PAS-DHPP)

N20 Sungai Bakap – Nor Zamri Latiff (PAS)

N21 Sungai Acheh – Zulkifli Ibrahim (Bersatu)

N22 Tanjong Bunga – Hng Chee Wey (Gerakan)

N23 Air Putih – Kong Cheng Ann (Gerakan)

N24 Kebun Bunga – Tan Zhen Zune (Gerakan)

N25 Pulau Tikus – Tang Ching Sern (Gerakan)

N26 Padang Kota – H’ng Khoon Leng (Gerakan)

N27 Pengkalan Kota – Suthakaran Subramaniam (Gerakan)

N28 Komtar – Cheah Kim Huat (Bersatu-Bersekutu)

N29 Datok Keramat – Heng See Lin (Gerakan)

N30 Sungai Pinang – Ng Fook On (Gerakan)

N31 Batu Lancang – Mohd Aswaad Jaafar (Gerakan)

N32 Seri Delima – Mohan Apparoo (Bersatu-Bersekutu)

N33 Air Itam – Cheang Chee Gooi (Gerakan)

N34 Paya Terubong – Ooi Ghee Un (Gerakan)

N35 Batu Uban – Mok Kok On (Gerakan)

N36 Pantai Jerejak – Oh Tong Keong (Gerakan)

N37 Batu Maung – Azahari Aris (Bersatu)

N38 Bayan Lepas – Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)

N39 Pulau Betong – Mohamad Shukor Zakariah (PAS)

N40 Telok Bahang – Muhamad Kasim (Bersatu)

Related posts

Leave a Comment