Kehadiran Trump mandat diplomasi ASEAN

PUTRAJAYA 30 Sept. – Pejabat Perdana Menteri (PMO) menegaskan kehadiran Presiden Donald Trump ke negara ini bulan depan adalah sebahagian daripada mandat diplomasi Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, bukannya pengiktirafan terhadap dasar peribadi mana-mana pemimpin. Setiausaha Akhbar Kanan, Tunku Nashrul Abaidah berkata, kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu juga bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya prinsip diplomasi yang menuntut kebenaran disuarakan secara berdepan, bukan dengan mengelak. “Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum wujud pandangan daripada beberapa pihak termasuk tokoh politik tanah air, yang menuntut jemputan kepada Trump ditarik…

Read More

10 ADUN Bersatu gesa pecat Wan Saiful

SEPANG 30 Sept .- Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada Bersatu  menggesa Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tegas iaitu memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan serta tiga lagi pemimpinnya. Mereka mendakwa Wan Saiful serta dalang lain disebalik usaha terancang mahu menjatuhkan Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yasin melalui gerakan akuan bersumpah (SD) sedang memutar belit fakta dan cuba mengubah naratif selepas komplot yang mereka rancang sebelum ini gagal. “Penipuan tidak boleh ditutup dengan siri penipuan baharu. Tindakan ini mestilah berbentuk pemecatan serta-merta daripada parti demi menjaga disiplin,…

Read More

Versi baharu pelan damai Gaza

WASHINGTON – Pelan damai untuk Gaza yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyamai Pelan Biden Februari 2024 dan banyak unsur dalam pelan Perancis-Arab Saudi yang telah disokong di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) awal bulan ini. Ia kelihatan sebagai versi baharu daripada cadangan-cadangan sedia ada untuk menamatkan konflik berkenaan dan pelan ini ditulis semula oleh penasihat utama, Steve Witkoff, dan menantu Trump, Jared Kushner (bekas utusan khas Presiden ke Timur Tengah), agar dapat diterima oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. Pelan ini mengutamakan penamatan segera perang dan pembebasan penuh semua…

Read More

Lembaga Disiplin Bersatu perlu bertindak segera

SEPANG 30 Sept. – Badan Pimpinan Negeri (BPN) Terengganu menggesa Lembaga Disiplin Bersatu melaksanakan segera prosiding secara telus, adil dan berlandaskan peraturan sedia ada susulan beberapa aduan pelanggaran disiplin yang didakwa membabitkan sejumlah pemimpin parti itu. Ketuanya,  Razali Idris,  berkata tindakan tegas dan pantas adalah penting bagi memastikan parti kekal kukuh, berwibawa serta dihormati. Beliau mengingatkan bahawa, kelewatan ataupun kelonggaran dalam menangani isu membabitkan pelanggaran disiplin oleh ahli Bersatu hanya akan menjejaskan integriti parti di mata ahli dan rakyat. “Badan Pimpinan Negeri (BPN) Terengganu mengambil perhatian serius terhadap beberapa aduan…

Read More

Blair anggotai Lembaga Keamanan

WASHINGTON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair bakal menganggotai badan antarabangsa yang ditubuhkan untuk memantau proses peralihan Gaza di bawah pelan tajaan Washington bagi menamatkan perang hampir dua tahun. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengumumkan demikian berkata, Blair dinamakan sebagai anggota pertama “Lembaga Keamanan” (Board of Peace) yang dipengerusikan sendiri oleh Trump. Menurut Trump, lebih ramai pemimpin negara lain akan diumumkan menyertai lembaga terbabit dalam masa terdekat yang akan diberi mandat mengurus pentadbiran sementara Gaza sebaik sahaja pertempuran dihentikan. Lembaga itu adalah sebahagian daripada pelan 20 perkara…

Read More

Netanyahu mohon maaf serang Qatar

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menghubungi Perdana Menteri Qatar dari Rumah Putih, memohon maaf atas serangan terhadap Hamas di negara Teluk itu dan berjanji tidak akan berbuat demikian lagi. Menurut kenyataan Rumah Putih, Netanyahu membuat panggilan telefon itu ketika bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai gencatan senjata di Gaza. “Sebagai langkah pertama, Perdana Menteri Netanyahu menyatakan kekesalannya yang mendalam kerana serangan peluru berpandu Israel terhadap sasaran Hamas di Qatar yang secara tidak sengaja membunuh seorang anggota tentera Qatar,” kata kenyataan itu. “Beliau seterusnya menyatakan kekesalan…

Read More

Pecat Wan Saiful didakwa jejas imej parti

SEPANG 29 Sept. – Pecat keanggotaan Bersatu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa menjatuhkan maruah Bersatu dengan mengeluarkan kritikan terbuka termasuk terhadap Setiausaha Agung  Mohamed Azmin Ali. Ketua Bersatu Tasek Gelugor, Azmi Alang, berkata, parti tidak boleh berdiam diri, membiarkan individu seperti Wan Saiful merosakkan imej parti, selain tindakan itu wajar demi menjaga integriti, disiplin dan maruah perjuangan. Beliau berkata, tindakan Wan Saiful jelas menunjukkan beliau lebih mementingkan publisiti berbanding memperjuangkan nasib rakyat, selain tingkah lakunya hanya menjadi beban kepada parti, mengalihkan perhatian daripada isu rakyat…

Read More

SD: Laporan kepada Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Wan Saiful Wan Jan akan membuat laporan kepada Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan Azmin Ali dan Tun Faizal Ismail Aziz yang didakwa sengaja menyebarkan naratif songsang berhubung usaha mengumpul akuan berkanun (SD). Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, SD yang ditandatanganinya bersama 119 ketua bahagian lain menyokong isu calon perdana menteri tidak dibincangkan secara terbuka dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT), memandangkan ia bersifat sensitif. “Namun SD yang ditularkan itu tidak sama dengan apa yang kami tandatangani,” katanya dalam sidang…

Read More