Tebus barang Sara di 4,600 kedai

PUTRAJAYA 29 Ogos – Sebanyak 4,600 kedai terpilih akan menawarkan barangan asas yang disenaraikan untuk ditebus penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 bermula 31 Ogos ini.

Jumlah kedai terpilih meningkat berbanding 4,100 yang diumum sebelum ini bagi memudahkan orang ramai membelanjakan bantuan Sara.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata individu berusia 18 tahun ke atas yang ingin menyemak jumlah baki bantuan Sara boleh berbuat demikian melalui pautan rasmi di sara.gov.my.

“Setiap orang dewasa berusia 18 tahun ke atas akan mendapat RM100 yang dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh dibelanjakan di 4,600 kedai terpilih seluruh negara.

Kalau kita teliti dalam media sosial, ada yang tidak tahu pun mereka layak menerima RM50 sebulan di bawah program Sara, maka ini peluang yang baik untuk semua yang berusia 18 tahun ke atas membuat semakan, untuk melihat jumlah baki.

“Mereka juga boleh menyemak baki di laman web rasmi MyKasih,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas turut menerima bantuan Sara RM100 sekali beri.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment