RAMALLAH – Jawatankuasa Pengurusan Gaza, sebuah jawatankuasa sementara Palestin akan diumumkan tidak lama lagi, bagi mentadbir Semenanjung Gaza selepas gencatan senjata dicapai,
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa berkata, Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin, dan kerajaan Palestin adalah satu-satunya badan eksekutif yang diberi kuasa untuk mengurus urusannya.
Perkara itu dinyatakan Mustafa pada sidang akhbar bersama Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty di sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza.
Mustafa menegaskan serangan Israel ke atas Gaza “tidak memberi sebarang pihak, sama ada tempatan atau antarabangsa, keabsahan untuk mengenakan pengaturan yang lebih berkuasa” ke atas wilayah itu.
Perdana menteri itu berkata, Pihak Berkuasa Palestin sedang bekerjasama dengan Mesir untuk menganjurkan satu persidangan bagi pembinaan semula Gaza “secepat mungkin.”
Penutupan sempadan Rafah oleh Israel terhadap kemasukan trak bantuan ke Gaza adalah “mesej kepada dunia bahawa Israel sedang membiarkan rakyat Palestin kebuluran untuk memaksa mereka berpindah,” kata Mustafa.
Pada 8 Ogos lalu , Kabinet Keselamatan Israel meluluskan cadangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk menduduki Semenanjung Gaza, bermula dengan Bandaraya Gaza secara beransur-ansur.
Pelan itu merangkumi pengambilalihan Bandaraya Gaza dengan memindahkan hampir sejuta penduduk ke bahagian selatan, mengepung bandar itu, sebelum melancarkan serbuan ke kawasan kejiranannya.
Fasa kedua membabitkan pengambilalihan semula kem pelarian di tengah Gaza, sebahagian besar daripadanya telah musnah akibat pengeboman.
Nnnn
