KUALA LUMPUR 18 Ogos – Syarikat yang dilantik bagi projek penjenamaan Lembaga Tabung Haji (TH) adalah gabungan konsortium empat syarikat tempatan mempunyai kepakaran dan kebolehan selari dengan keperluan kerja diperlukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan, konsortium itu dianggotai golongan profesional berbilang kaum dan pemilihan syarikat berkenaan mendapat kelulusan menerusi kaedah dan tadbir urus perolehan TH yang dikawal selia oleh Lembaga Pengarah. “Sejak 1963, TH telah melakukan semakan penjenamaan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1969, 1995 dan 2009. TH sentiasa mendukung amalan…
Read MoreDay: August 18, 2025
Ahli Parlimen Pendang digantung lagi
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Gara-gara mencabar ahli Parlimen Jelutong ‘bertumbuk’ di Dewan Rakyat minggu lalu, Ahli Parlimen Pendang mewakili Pas Awang Hashim digantung kehadiran di Dewan Rakyat selama 10 hari. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, ketika membuat keputusan itu berkata arahan berkenaan berkuatkuasa bermula hari ini, dan ia diputuskan mengikut peraturan Mesyuarat 42 (2). “Ini keputusan saya bahawa mengikut peraturan mesyuarat 42 (2), saya memerintahkan Pendang untuk keluar dari Dewan selama 10 hari mulai hari ini,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Pada masa sama, Johari…
Read MoreSuspek kes buli akan dituduh
PUTRAJAYA 18 Ogos – Jabatan Peguam Negara memaklumkan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina berdasarkan keterangan yang ada. Menurut satu kenyataan, keputusan itu dibuat selepas meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Read MoreDiari Zara Qairina setebal 51 halaman
KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini, diberitahu, siasatan kes kematian, Zara Qairina Mahathir, 13, turut menerima sebuah diari setebal 51 halaman milik pelajar berkenaan yang diserahkan guru kepada penyiasat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan diari itu mengandungi luahan hati dan catatan peribadi Allahyarhamah mengenai masalah yang dihadapinya sebelum kejadian. Pada sesi penerangan mengenai kejadian itu, Saifuddin berkata, hasil siasatan menunjukkan terdapat unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual. Berikut sedutan penjelasan Saifuddin Nasution pada sesi penerangan itu. “Tuntutan atau dakwaan memerlukan bukti. Maka inilah yang…
Read MoreInkues Zara Qairina mula 3 September
KOTA KINABALU 18 Ogos – Mahkamah Koroner menetapkan pendengaran inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir bermula pada 3 September depan dengan 195 deponen atau saksi dikenal pasti. Koroner Azreena Aziz menetapkan pendengaran pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September. Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan inkues yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dari Jabatan Peguam Negara (AGC) selaku pegawai pengendali yang diketuai TPR Mohd Fairus Johari dari AGC Putrajaya. Beliau dibantu tiga TPR dari AGC Sabah iaitu TPR Dana…
Read MoreTidak ada cubaan tutup kes Zara Qairina
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, tiada sebarang cubaan penutupan kes atau cover-up sepanjang proses siasatan kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata segala tindakan dan siasatan yang diambil berdasarkan fakta, laporan dan permohonan yang sah. Saifuddin Nasution berkata tuduhan mengatakan bahawa kes berkenaan cuba ditutup dan dimanipulasi adalah tuduhan sangat berat yang tidak mencerminkan realiti tindakan pihak berkuasa daripada awal hingga kini. “Dari awal hinggalah proses bedah siasat dibuat dan siasatan lanjutan, tiada sebarang cubaan penutupan kes…
Read MoreTiada kaitan cucu TYT, dera mesin basuh hanya ‘content’
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Tiada kaitan dengan cucu Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri berhubung kematian Zara Qairina Mahathir, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata hasil siasatan terhadap kematian Zara Qairina membabitkan 195 saksi yang dipanggil sebelum ini turut tidak menemui bahawa mangsa maut akibat didera di dalam mesin basuh. “Siasatan kita menyeluruh dan terperinci dan untuk kali pertama isu ini dibangkitkan oleh ahli Parlimen pada 30 Julai lalu pada…
Read MoreBendung buli sejak sekolah rendah
KUALA LUMPUR 18 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah. Titah baginda, sekiranya buli tidak dibendung sejak peringkat sekolah rendah, ia berisiko untuk melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan. Titah baginda lagi, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi. Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati…
Read MoreBerita pilihan…
Rokok elektronik diangggap dadah
SINGAPURA – Penggunaan rokok elektronik atau vape akan dianggap sebagai isu dadah serta mengambil tindakan lebih tegas dengan mengenakan hukuman lebih berat, kata Perdana Menteri Lawrence Wong. Wong, yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap generasi bimbang tentang pengaruh negatif yang menjejaskan golongan muda dan rokok elektronik telah muncul sebagai satu kebimbangan yang serius. Beliau berkata, kebanyakan vape bukan sekadar rokok elektronik, tetapi dicampur dengan bahan menyebabkan ketagihan dan berbahaya seperti etomidate, dan keadaan ini boleh menjadi lebih buruk pada masa masa hadapan. “Setakat ini, kita telah menganggap rokok elektronik seperti…
Read More