Bendung buli sejak sekolah rendah

KUALA LUMPUR 18 Ogos  – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan kerajaan melaksanakan kempen antibuli secara menyeluruh bagi membendung gejala itu sejak di peringkat sekolah rendah.

Titah baginda, sekiranya buli tidak dibendung sejak peringkat sekolah rendah, ia berisiko untuk melahirkan generasi yang hilang nilai hormat dan kasih sayang sesama insan.

Titah baginda lagi, buli bukan sahaja merosakkan mental dan emosi mangsa, malah boleh mengakibatkan pelbagai tragedi.

Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati dan berdisiplin,” titah Seri Paduka Baginda pada hari ini (18 Ogos).

“Anak-anak perlu diberi penerangan sejak dari usia kecil mengenai perkara ini dan menerusi kempen berkenaan akan membimbing mereka dalam memahami erti saling hormat menghormati dan berdisiplin,” titah baginda melalui Facebook, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah pindaan terkini terhadap Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah untuk menangani buli turut membuktikan komitmen kerajaan bagi untuk membanteras isu berkenaan secara tegas.

Baginda bertitah, usaha berkenaan turut memerlukan pendekatan merentasi kementerian dan agensi bagi memastikan jenayah buli ditangani secara menyeluruh.

Terdahulu, baginda berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di di Istana Negara hari ini.

Pada sesi mengadap bersama baginda, Fahmi turut mempersembahkan komitmen kementerian dalam menangani isu buli serta tindakan-tindakan yang diambil bagi membanteras isu berkenaan.

Fahmi turut mempersembahkan kepada baginda taklimat pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2025.

Nnn

Related posts

Leave a Comment