ANKARA – Pergerakan Hamas Palestin mengecam keputusan Kabinet Keselamatan Israel untuk menduduki Bandaraya Gaza yang disifatkan sebagai ‘jenayah perang dan tindakan pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin.
Susulan itu, Hamas mengingatkan pencerobohan Israel tidak akan menjadi sesuatu yang mudah dan memberi amaran bahawa Israel akan membayar harga yang tinggi atas pengembaraan ketenteraannya di Gaza.
Hamas mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaan ala Nazi pimpinannya tidak mengambil peduli terhadap nasib tawanan dari Israel di Gaza, sambil menyatakan bahawa peluasan perang itu adalah ‘keputusan yang disengajakan untuk mengorbankan mereka’.
Kumpulan itu turut menolak usaha Israel menggantikan istilah ‘pendudukan’ dengan ‘kawalan’.
Hamas menyifatkannya sebagai ‘helah terang-terangan untuk mengelak tanggungjawab undang-undang terhadap jenayahnya’ ke atas hampir sejuta rakyat Palestin di bandar raya berkenaan.
Kabinet Keselamatan Israel dengan sengaja mengelak daripada menggunakan istilah ‘pendudukan’ bagi merujuk kepada Semenanjung Gaza dalam keputusan rasmi terbaharu itu, sebaliknya memilih istilah ‘kawalan’.
Langkah itu, menurut penganalisis undang-undang, bertujuan menghindari tanggungjawab mengikut undang-undang antarabangsa terhadap penduduk awam Palestin.
Nnnn
