Trump jumpa Putin 15 Ogos

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, di Alaska Jumaat depan, 15 Ogos 2025. Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi platform media sosialnya, Truth Social, di mana beliau memaklumkan pertemuan yang dinanti-nantikan antara Presiden AS dan Presiden Russia. “Keterangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!,” tulisnya. Sebelum ini, Trump memberitahu media mengenai usahanya untuk menamatkan perang antara Ukraine dan Russia, dengan menyatakan bahawa beliau akan memulakan langkah itu dengan bertemu Putin. Presiden itu mengesahkan bahawa beberapa rundingan…

Read More

Hamas kecam Israel duduki Gaza

ANKARA  – Pergerakan Hamas Palestin mengecam keputusan Kabinet Keselamatan Israel untuk menduduki Bandaraya Gaza yang disifatkan sebagai ‘jenayah perang dan tindakan pembersihan etnik’ terhadap rakyat Palestin. Susulan itu, Hamas mengingatkan pencerobohan Israel tidak akan menjadi sesuatu yang mudah dan memberi amaran bahawa Israel akan membayar harga yang tinggi atas pengembaraan ketenteraannya di Gaza. Hamas mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan kerajaan ala Nazi pimpinannya tidak mengambil peduli terhadap nasib tawanan dari Israel di Gaza, sambil menyatakan bahawa peluasan perang itu adalah ‘keputusan yang disengajakan untuk mengorbankan mereka’. Kumpulan itu…

Read More