WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, di Alaska Jumaat depan, 15 Ogos 2025.
Perkara itu dimaklumkan Trump menerusi platform media sosialnya, Truth Social, di mana beliau memaklumkan pertemuan yang dinanti-nantikan antara Presiden AS dan Presiden Russia.
“Keterangan lanjut akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!,” tulisnya.
Sebelum ini, Trump memberitahu media mengenai usahanya untuk menamatkan perang antara Ukraine dan Russia, dengan menyatakan bahawa beliau akan memulakan langkah itu dengan bertemu Putin.
Presiden itu mengesahkan bahawa beberapa rundingan berkaitan wilayah di Ukraine perlu diadakan untuk menamatkan perang yang berlarutan selama tiga setengah tahun.
“Tiada yang mudah. Sangat rumit, tetapi kita akan dapatkan sebahagiannya kembali dan sebahagiannya akan ditukar,” katanya.
Trump berkata tumpuannya adalah untuk menamatkan perang dan menyelamatkan nyawa dan mengingatkan tanpa campur tangan AS, akhirnya Ukraine dan Russia akhirnya akan terjerumus ke dalam Perang Dunia.
Sidang kemuncak itu akan menjadi pertemuan empat mata yang pertama antara pemimpin Russia dan AS sejak 2021.
Pertemuan yang bakal diadakan ini juga menandakan kali pertama Putin atau mana-mana pemimpin Russia melawat AS sejak 2015, sejak beliau bertemu Presiden AS, Barack Obama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) di New York pada 28 September 2015.
Nnn
