PUTRAJAYA 5 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam keterangan tiga individu berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. Kenyataan MCMC memaklumkan, rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan. Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan itu memaklumkan siasatan…
Read MoreDay: August 5, 2025
Subsidi petrol: Muhyiddin nafi dakwaan Anwar
PUTRAJAYA 5 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau mengeluarkan kenyataan mempertahankan warga asing untuk turut menerima subsidi petrol RON95. Ahli Parlimen Pagoh itu menyifatkan tuduhan itu merupakan satu pembohongan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya. “Saya sebenarnya tidak pernah cakap begitu. Saya mempertikaikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu sebagai satu kenyataan berfitnah atau pembohongan. “Apatah lagi yang memberikan penjelasan itu ialah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di dalam Parlimen,” katanya. Tegas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, sejak dahulu lagi dasar subsidi minyak negara hanya diperuntukkan…
Read MorePesawat penuhi keperluan operasi sebenar
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pembelian pesawat Boeing dan Airbus dibuat berdasarkan keperluan operasi sebenar dan rundingan strategik yang turut melibatkan pelaburan serta pengeluaran dalam negara. Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menjelaskan demikian di Dewan Rakyat hari ini berkata, langkah itu penting berikutan peningkatan permintaan laluan penerbangan yang sebelum ini dibatalkan. “Kita kena beli. Dan kita kena beli banyak sebab laluan yang kita batalkan itu terlalu banyak keperluan dan permintaan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dalam sesi Soal Jawab. Beliau memberitahu, keputusan pembelian…
Read MoreTurunkan defisit fiskal secara berfasa
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kerajaan melaksanakan langkah menurunkan defisit fiskal secara berfasa dalam usaha mengurangkan beban hutang negara, kata Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri berkata, sekiranya defisit diturunkan secara mendadak, ia berisiko membantutkan peruntukan tambahan untuk sektor pendidikan, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kesihatan. Anwar berkata, peruntukan di bawah program STR dan SARA bertambah sehingga RM15 bilion manakala Kementerian Pendidikan mendapat tambahan tertinggi, iaitu sehingga RM64 bilion dan kesihatan RM45 bilion. Beliau menjelaskan, dalam ekonomi makro kadar hutang akan bertambah jika defisit fiskal kekal tinggi,…
Read MoreRundingan guna mekanisme dipersetujui bersama
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Usaha mediasi antara Thailand dan Kemboja dilaksana dengan mengguna pakai mekanisme dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, mekanisme berkenaan, adalah Malaysia bertindak sebagai pengerusi, tuan rumah dan juga pemerhati proses rundingan damai berkenaan selepas memperoleh persetujuan daripada kedua-dua negara terbabit. “Mekanisme yang diputuskan ialah Malaysia chair, host, witness. Itu yang dipersetujui oleh kedua-dua negara, Kemboja dan Thailand,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menjawab pertanyaan Shahidan Kassim (PN-Arau) sama ada kerajaan ingin menggunakan…
Read MorePembangkang perlu sepakat isu peruntukan
KUALA LUMPUR 5 Ogos – Ahli Parlimen pembangkang dinasihatkan mencari kata sepakat sesama mereka berhubung isu peruntukan, sebelum berjumpa dan berunding dengan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof. Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menasihatkan demikian berkata, mereka tidak seharusnya bergerak secara bersendirian untuk berunding dengan pihak kerajaan. “Saya setuju kita minta Timbalan Perdana Menteri (Fadillah untuk wakili kerajaan berunding dengan Ahli Parlimen pembangkang)… (kita) terbuka untuk mendengar. Kalau (nak) mula (berunding) mesti ada kesepakatan antara Ahli Parlimen pembangkang terlebih dahulu. Sekarang belum sepakat. Ada seorang dan ada berkumpulan. Ada setuju runding…
Read MoreBerita pilihan…
Kanada gugurkan 10 tan bantuan ke Gaza
TRENTON, KANADA – Kanada mengambil langkah luar biasa dengan menggugurkan 10 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengecam tindakan Israel menghalang penghantaran bantuan sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa. Langkah itu susulan akses kepada bantuan kemanusiaan di Gaza sangat terhad, manakala keperluan bantuan telah mencapai tahap yang belum pernah berlaku. Dalam kenyataan bersama, Menteri Luar Anita Anand dan Menteri Pertahanan David McGuinty berkata, meskipun keperluan sangat mendesak, rakan pelaksana menghadapi kesukaran menyalurkan makanan dan ubat-ubatan menyelamatkan nyawa melalui jalan darat disebabkan sekatan berterusan oleh Israel. “Tindakan menghalang penghantaran bantuan ini adalah…
Read MoreNegeri boikot Israel mungkin disekat
WASHINGTON – Negeri dan bandar di Amerika Syarikat (AS) yang memboikot syarikat Israel berkemungkinan tidak akan diberikan bantuan persekutuan untuk persediaan bencana alam, tindakan yang dilihat ugutan oleh pentadbiran Trump. Menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) melalui notis geran Jumaat lalu, negeri-negeri mesti mematuhi ‘terma dan syarat’ agensi itu termasuk mewajibkan negeri-negeri mengesahkan, mereka tidak akan memutuskan ‘hubungan komersial secara khusus dengan syarikat Israel’. Syarat berkenaan terpakai ke atas sekurang-kurangnya AS$1.9 bilion (RM8.93 bilion) yang digunakan oleh negeri-negeri bagi menampung kos peralatan mencari dan menyelamat, gaji pengurusan kecemasan, sistem kuasa…
Read More