Tiga bank dikenakan penalti lebih RM7 juta

KUALA LUMPUR 30 Julai  – Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) dengan jumlah keseluruhan melebihi RM7 juta terhadap tiga institusi kewangan.

Ia melibatkan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (BKRM) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dalam kenyataannya, bank pusat itu memaklumkan, AMP berjumlah RM3.445 juta dikenakan ke atas BIMB berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA) dan dokumen dasar berkaitan.

Dokumen dasar berkaitan itu termasuklah Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD) dan Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

BNM berkata, BIMB membayar RM1.70 juta bagi AMP yang dikenakan pada 29 Mei 2025, berkaitan keperluan saringan sekatan dan RM1.745 juta bagi AMP yang dikenakan pada 30 Jun 2025, berkaitan gangguan perkhidmatan yang berpanjangan.

Bank pusat juga mengenakan AMP sebanyak RM2.85 juta ke atas BKRM berikutan ketidakpatuhan terhadap Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 (DFIA) dan Dokumen Dasar Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT PD).

BKRM membayar RM2.850 juta bagi AMP dikenakan oleh BNM pada 26 Jun 2025.

Selain itu, bank pusat juga mengenakan AMP sebanyak RM995,000 ke atas BSN kerana ketidakpatuhan terhadap DFIA dan PD RMiT. BSN membayar RM995,000 bagi AMP pada 25 Jun 2025.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment