MCA gesa DAP kemuka cadangan mansuh tol

SSEPANG 29 Julai  –  Pemimpin-pemimpin DAP digesa mengemukakan cadangan konstruktif yang dapat membantu kerajaan merealisasikan janji-janji yang pernah dibuat khususnya oleh pemimpin parti itu sebelum ini berkenaan pemansuhan tol. Naib Presiden MCA  IR Lawrence Low berkata, gesaan itu susulan pengakuan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi bahawa pemansuhan tol bukan langkah mudah kerana akan melibatkan kos yang terlalu besar. Katanya, jika gagal, pemimpin DAP yang memiliki 40 Ahli Parlimen harus meminta maaf secara terbuka dan mengakui menipu rakyat semata-mata mahu mendapatkan undi. “Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika mereka menuntut janji…

Read More

Larang usia bawah 13 punyai akaun media sosial

KUALA LUMPUR 29 Julai –  Dewan Rakyat hari ini diberitahu, Kementerian Komunikasi mempertimbang untuk tidak membenarkan kanak-kanak bawah usia 13 tahun mempunyai akaun media sosial. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, bagi yang berusia 13 tahun ke atas, modul literasi digital perlu diberi kepada mereka supaya memahami kerencaman maklumat yang sedia ada. “Sekiranya ahli Yang Berhormat bertemu dengan mana-mana kumpulan pelajar bawah 13 tahun dan bertanya kepada mereka adakah anda mempunyai akaun TikTok, ramai yang akan kata ya. “Ini sebenarnya satu kesalahan yang diakui oleh pihak TikTok sendiri. Jadi, kita sedang…

Read More

Pengguna lebuh raya jimat RM1,632 setahun

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pengguna lebuh raya dijangka menjimatkan RM136 sebulan atau RM1,632 setahun susulan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya seperti diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini. Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi, penjimatan itu berdasarkan kadar tol semasa dikekalkan pada RM3.50 untuk perjalanan sehala berbanding kadar tol perjanjian konsesi pada 2025 ialah RM6.90. “Sekiranya jumlah penjimatan ini didarabkan selama 20 hari, iaitu penggunaan bagi tempoh sebulan atau 240 hari (setahun), penjimatan yang akan dinikmati oleh pengguna terbabit ialah RM136 sebulan atau RM1,632 setahun,” katanya…

Read More

Bukan mudah mansuhkan tol lebuh raya

KUALA LUMPUR 29 Julai – Memansuhkan bayaran tol bukan langkah yang mudah, terutama mengambil kira implikasi dana besar terpaksa ditanggung kerajaan, demikian pengakuan Menteri Kerja Raya (KKR) Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata isu dana akan timbul apabila kerajaan perlu mencari dana yang cukup besar, contohnya untuk tujuan penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang dianggarkan akan mencecah berbilion ringgit. “Bukan mudah nak mansuhkan tol… kalau mansuh, kerajaan mesti cari dana besar untuk buat kerja penyelenggaraan sebenarnya, jadi untuk tujuan ini perlu dana besar berbilion ringgit,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan…

Read More

Krisis kemanusiaan di depan mata dunia

NEW YORK – ‘Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan di hadapan mata dunia.’, kata Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Tom Fletcher. Dalam satu kenyataan mengenai situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, beliau berkata, seorang daripada setiap tiga penduduk di Gaza tidak makan selama beberapa hari. Justeru, Fletcher menggesa agar penghantaran bantuan disegerakan serta gencatan senjata yang berkekalan dilaksanakan di wilayah itu Katanya, berlaku insiden penduduk Gaza yang cuba mendapatkan bantuan makanan ditembak, manakala kanak-kanak menderita akibat kelaparan Beliau menegaskan bantuan tidak sepatutnya…

Read More

AS sambut baik gencatan senjata

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menyambut baik pengisytiharan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang diumumkan semalam dan berharap kedua-dua negara komited terhadap penamatan segera keganasan. Ketua Setiausaha Negara AS, Marc Rubio, dalam satu kenyataan berkata beliau dan Presiden AS, Donald Trump mengharapkan kerajaan Kemboja dan Thailand menunaikan sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik ini. “Kami menghargai kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menganjurkan rundingan gencatan senjata ini dan menggesa semua pihak menunaikan janji masing-masing. AS akan terus komited dan terbabit dalam proses yang dianjurkan bersama Malaysia…

Read More