SSEPANG 29 Julai – Pemimpin-pemimpin DAP digesa mengemukakan cadangan konstruktif yang dapat membantu kerajaan merealisasikan janji-janji yang pernah dibuat khususnya oleh pemimpin parti itu sebelum ini berkenaan pemansuhan tol.
Naib Presiden MCA IR Lawrence Low berkata, gesaan itu susulan pengakuan Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi bahawa pemansuhan tol bukan langkah mudah kerana akan melibatkan kos yang terlalu besar.
Katanya, jika gagal, pemimpin DAP yang memiliki 40 Ahli Parlimen harus meminta maaf secara terbuka dan mengakui menipu rakyat semata-mata mahu mendapatkan undi.
“Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika mereka menuntut janji dan manifesto yang ditabur oleh pemimpin DAP. Selain menuntut janji, rakyat juga mengharapkan kebajikan mereka dibela, lebih-lebih lagi dalam berdepan ketidaktentuan ekonomi pada ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Di Dewan Rakyat hari ini, Nanta berkata isu dana akan timbul apabila kerajaan perlu mencari dana yang cukup besar, contohnya untuk tujuan penyelenggaraan sendiri lebuh raya yang dianggarkan akan mencecah berbilion ringgit.
“Bukan mudah nak mansuhkan tol… kalau mansuh, kerajaan mesti cari dana besar untuk buat kerja penyelenggaraan sebenarnya, jadi untuk tujuan ini perlu dana besar berbilion ringgit,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Low berkata, menjelang pembentangan Rancangan Malaysia ketiga belas (RMK13), kerajaan diharapkan mendengar dan mengambil kira input rakyat pelbagai latar belakang sepanjang sesi libat urus dijalankan.
supaya dapat menggubal dasar-dasar yang lebih mesra dan fleksibel demi kepentingan negara secara keseluruhannya.
Ini termasuk wakil-wakil persatuan pengguna, pemain industri, komuniti peniaga khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), golongan B40 dan M40, masyarakat luar bandar serta belia.
Katanya, dengan pendekatan itu diharapkan kerajaan dapat menggubal dasar-dasar yang lebih mesra dan fleksibel demi kepentingan negara secara keseluruhannya.
- Nnn
