PRU: BN kekal kerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR 23 Julai – UMNO dan Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak bergerak secara solo dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) akan datang, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi, Sebaliknya, Presiden UMNO, itu berkata parti itu akan kekal menjalin kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik negara. Katanya, walaupun terdapat desakan dan suara-suara tertentu yang menggesa UMNO-BN bergerak secara solo, namun keputusan parti adalah jelas untuk terus menjalinkan kerjasama. Bagaimanapun, Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun jalinan kerjasama itu diteruskan tetapi partinya berpendirian untuk kekal menggunakan lambang dacing ketika…

Read More

UKM pandang serius dapatan LKAN

BANGI 23 Julai  – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memandang serius dapatan Laporan Ketua Audit Negara 2/2025 yang melibatkan beberapa aspek ketidakpatuhan proses perolehan bagi projek-projek pembekalan perkhidmatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Komunikasi UKM dalam satu kenyataan berkata, sebagai institusi pengajian tinggi awam yang berintegriti, UKM komited untuk memastikan setiap perbelanjaan diurus secara telus dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. “Justeru itu, sebagai langkah proaktif, Naib Canselor telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara di Parlimen hari ini bagi membincangkan langkah-langkah penambahbaikan berkenaan tatacara tadbir urus universiti,” kata kenyataan itu.…

Read More

“Saya tidak mahu imuniti”

SEPANG 23 Julai – Dr Mahathir Mohamad tidak mahu imuniti atas faktor umur sebaliknya mahu kerajaan membuktikan di mahkamah dakwaan mengatakan beliau bersalah dalam isu Pulau Batu Putih. Bekas Perdana Menteri itu berkata, imuniti hanya untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah. “Saya tidak mahu imuniti. Jika tuduh saya bersalah, hadapkan saya di mahkamah dan buktikan saya bersalah. Saya tahu saya tak bersalah dan saya mahu buktikan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. Semalam di Parlimen Perdana Menteri (PM) Anwar Ibrahim mengumumkan Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan…

Read More

Tiada kenaikan kadar tol 10 lebuh raya

KUALA LUMPUR 23 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penangguhan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama. Lebuh raya terlibat termasuklah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX). Kali terakhir pengumuman mengekalkan kadar tol adalah pada April 2022, yang dilaksana di empat lebuh raya di Lembah Klang hingga tamat tempoh konsesi. Empat lebuh raya itu ialah Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir…

Read More

15 September cuti, RM100 setiap individu dewasa

KUALA LUMPUR 23 Julai – Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September 2025 sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia tahun ini bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia Perdana Menteri berkata, langkah ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara. “Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” kata Anwar. Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran…

Read More

WHO beri amaran wabak chikungunya

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak virus chikungunya berisiko tinggi melanda seluruh dunia dan meminta tindakan segera untuk mencegahnya. Menurut agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu,  terdapat tanda amaran awal yang mirip kepada penularan wabak itu dua dekad lalu dan mahu mencegahnya daripada berulang. Chikungunya adalah penyakit virus bawaan nyamuk yang menyebabkan demam dan sakit sendi. Dalam sesetengah kes ia boleh membawa maut. Diana Rojas Alvarez dari WHO memberitahu, Chikungunya bukanlah penyakit yang diketahui secara meluas, tetapi ia telah dikesan dan disebarkan di 119 negara…

Read More

AS tarik diri dari UNESCO

ISTANBUL – Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kali ketiga, berkuat kuasa 31 Disember 2026. Penarikan itu dibuat atas alasan UNESCO menerima Palestin sebagai anggota dan konflik dengan dasar luar ‘America First’ oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump. “Hari ini, AS memaklumkan kepada Ketua Pengarah, Audrey Azoulay, mengenai keputusan AS untuk menarik diri daripada UNESCO,” kata jurucakap Jabatan Negara, Tammy Bruce, dalam satu kenyataan. Menurut Bruce, pembabitan berterusan dalam agensi yang berpangkalan di Paris itu ‘bukan demi kepentingan nasional’ Washington.…

Read More