Tutup pusat hiburan sepanjang Ramadan

BOGOR: Semua kelab malam, kelab karaoke dan pusat urut di bandar Jawa Barat, Indonesia diarah tutup sepanjang Ramadan sebagai tanda menghormati umat Islam yang berpuasa.

Datuk Bandar Bogor, Dr Bima Arya Sugiarto berkata pentadbiran Bogor akan menguatkuasakan perintah itu sepanjang bulan puasa dengan mengerahkan rondaan melibatkan pegawai ketenteraman awam, kakitangan agensi berkaitan dan ketua mukim lain.

Bogor turut bercadang untuk mendapatkan bantuan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Negara bagi menguatkuasakan larangan itu.

“Ini adalah tradisi tahunan dan kami mahu semua orang menghormatinya. Semua tempat hiburan malam harus ditutup. Tiada yang terkecuali,” kata Dr Bima, dipetik The Jakarta Post.

Datuk Bandar Bogor itu berkata pegawai ketenteraman awam juga akan mengawasi sebarang perarakan dan pegerakan berkenderaan semasa sahur kerana ia boleh menimbulkan masalah keselamatan di kawasan perumahan.

Dalam pada itu, penjualan dan pembakaran mercun juga dilarang pada bulan puasa dan pada Malam Takbiran atau menjelang Aidilfitri manakala pemilik restoran dan gerai makan diminta menghormati umat Islam yang berpuasa.

Nnn

Related posts

Leave a Comment