BAYAN LEPAS 19 Julai – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan seperti didesak oleh segelintir pihak, kecuali jika kalah melalui usul di Parlimen. Menteri Kewangan itu berkata sekiranya pembangkang mempunyai cukup sokongan, mereka boleh membawa usul di Parlimen mengikut saluran demokrasi sedia ada. “Gunakan Parlimen, kritiklah. Kalau dia (pembangkang) ada cukup jumlah, dia bawa usul, itu caranya. Tariklah mana-mana Ahli Parlimen untuk sokong mereka. Kalau saya kalah, saya letak jawatan secara baik. Itu cara aman,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah…
Read MoreDay: July 19, 2025
Kuasai bahasa Arab di universiti tempatan
BANGI 19 Julai – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengingatkan pelajar tajaan kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) supaya mempelajari dan menguasai bahasa Arab di universiti Islam tempatan terlebih dahulu sebelum melanjutkan pengajian ke universiti di negara Asia Barat. Baginda menegaskan ,langkah itu penting bagi memastikan pelajar benar-benar bersedia dari segi kemahiran bahasa dan kefahaman asas sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara. Justeru baginda menitahkan kerajaan negeri menumpukan penajaan kepada pelajar universiti Islam tempatan seperti Universiti Islam Selangor (UIS) kerana universiti Islam di…
Read MoreTengku Permaisuri Norashikin Canselor UIS
BANGI 19 Julai – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) yang pertama sempena Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen ke-27 UIS, Bandar Seri Putra, Kajang, hari ini. Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Canselor itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pada istiadat itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan Senator Salehuddin Saidin sebagai Pro Canselor I dan Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai Pro Canselor II. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, Menteri…
Read MoreBerita pilihan…
Trump ulangi ancaman terhadap BRICS
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengulangi ancamannya untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import dari anggota kumpulan BRICS yang terdiri daripada negara membangun. Trump mengumumkan tarif baharu itu pada 6 Julai lalu, dengan menegaskan bahawa ia akan dikenakan ke atas mana-mana negara yang berpihak kepada dasar anti-AS oleh kumpulan BRICS. Beliau turut menyatakan komitmennya untuk mengekalkan status dolar sebagai mata wang rizab global dan berjanji tidak akan membenarkan penciptaan mata wang digital bank pusat di AS. Kumpulan BRICS menampilkan diri sebagai platform diplomasi pelbagai hala…
Read MoreTindakan di Gaza tidak lagi boleh diterima
BERLIN – Canselor Jerman, Friedrich Merz, menegaskan tindakan di Semenanjung Gaza tidak lagi boleh diterima dan menuntut gencatan senjata, bantuan kemanusiaan yang menyeluruh untuk rakyat di wilayah itu. Pada sidang media, Merz menyuarakan kebimbangan mengenai situasi di Gaza dan memaklumkan bahawa beliau sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Eropah mengenai cara untuk mencapai gencatan senjata serta memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan. Merz berkata, beliau telah menyuarakan kebimbangan itu dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan menegaskan akan meneruskan usaha diplomatik untuk menangani situasi berkenaan. “Saya membincangkan perkara ini…
Read More