Tengku Permaisuri Norashikin Canselor UIS

BANGI 19 Julai – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) yang pertama sempena Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen ke-27 UIS, Bandar Seri Putra, Kajang, hari ini.

Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Canselor itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada istiadat itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan Senator  Salehuddin Saidin sebagai Pro Canselor I dan Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai Pro Canselor II.

Hadir sama Menteri Besar Selangor,  Amirudin Shari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Mohd Na’im Mokhtar, Menteri Pendidikan Tinggi,  Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UIS, Prof Dr Mohd Farid Ravi Abdullah

Baginda turut berkenan memasyhurkan UIS secara rasmi berstatuskan universiti dan dikenali sebagai Universiti Islam Selangor serta menamakan pusat konvensyen universiti sebagai Dewan Sultan Idris Shah Universiti Islam Selangor.

UIS sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pada istiadat itu juga, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan skrol kepada 50 graduan pascasiswazah dengan 31 ialah graduan ijazah doktor falsafah dan 19 lagi graduan ijazah sarjana.

Seramai 1,528 graduan pelbagai peringkat pengajian akan menerima skrol pada istiadat yang berlangsung secara rasmi bermula hari ini hingga 21 Julai.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment