Pesan seorang abang kepada adik

SEPANG 18 Julai – Bekas Exco Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh menyifatkan pelantikan adiknya Datuk Wan Ahmad Farid sebagai Ketua Hakim Negara bukan sekadar kenaikan pangkat; sebaliknya satu amanah suci. Beliau yang menzahirkan perasaan bangga sebagai seorang abang, juga menyifatkan jawatan itu sebagai kembara baharu yang memang ‘menggerunkan’ tetapi percaya Wan Ahmad Farid memiliki kekuatan, akal, dan hati untuk itu. “Berjalanlah dengan prinsip tak goyah, rendah hati, dan keberanian luar biasa. Tegakkan undang-undang tanpa rasa takut atau pilih kasih. Buat kami bangga, tapi lebih penting—muliakan amanah yang Malaysia berikan…

Read More

Ahmad Terrirudin tiada dalam senarai

PUTRAJAYA 18 Julai – Nama Hakim Mahkamah Persekutuan,  Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang juga mantan Peguam Negara tidak pernah diusulkan bagi jawatan Ketua Hakim Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata tohmahan itu hanyalah berdasarkan sebaran daripada kalangan tokoh-tokoh peguam yang berpolitik. “Ada kononnya nama-nama yang ditonjolkan, saya boleh sebutlah Terrirudin, mantan Peguam Negara yang banyak menjalankan tugas dengan cemerlang dan sekarang Hakim Mahkamah Persekutuan. Tetapi kerana beliau punya banyak tahun lagi, nama beliau tidak pernah pun diusulkan. Jadi dari mana (timbul tohmahan)? Saya tidak fikir ini gesaan daripada…

Read More

Trump hadapi masalah urat saraf

WASHINGTON – Rumah Putih mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghidap masalah urat saraf yang biasa dan tidak berbahaya, Kenyataan itu dikeluarkan susulan spekulasi mengenai tangan beliau yang lebam teruk dan kaki yang bengkak. Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt memaklumkan, presiden berusia 79 tahun itu, yang menjadi individu tertua pernah memegang jawatan presiden, didapati mengalami ‘masalah saraf yang kronik’. Sementara itu, Leavitt berkata, perubahan warna yang ketara pada tangan kanan Trump adalah disebabkan ‘kerengsaan tisu akibat kerap berjabat tangan’ dan kesan sampingan penggunaan aspirin sebagai sebahagian daripada rawatan kardiovaskular standard.…

Read More

Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA  18 Julai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 62 dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu menggantikan penyandang terdahulu, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersara wajib. Pelantikan beliau diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas mendapat nasihat Perdana Menteri dan rundingan bersama Majlis Raja-Raja. Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan lewat tengah malam tadi turut  mengumumkan Datuk Abu Bakar Jais sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, manakala Datuk Azizah Nawawi sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, menggantikan penyandang jawatan itu yang bakal bersara.…

Read More