Trump hadapi masalah urat saraf

WASHINGTON – Rumah Putih mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghidap masalah urat saraf yang biasa dan tidak berbahaya,

Kenyataan itu dikeluarkan susulan spekulasi mengenai tangan beliau yang lebam teruk dan kaki yang bengkak.

Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt memaklumkan, presiden berusia 79 tahun itu, yang menjadi individu tertua pernah memegang jawatan presiden, didapati mengalami ‘masalah saraf yang kronik’.

Sementara itu, Leavitt berkata, perubahan warna yang ketara pada tangan kanan Trump adalah disebabkan ‘kerengsaan tisu akibat kerap berjabat tangan’ dan kesan sampingan penggunaan aspirin sebagai sebahagian daripada rawatan kardiovaskular standard.

Doktor peribadi Trump, Sean Barbabella, dalam surat yang dikeluarkan Rumah Putih, berkata Trump masih berada dalam keadaan kesihatan yang sangat baik walaupun menghidap masalah perubatan itu.

Trump sering berbangga dengan tahap kesihatan dan tenaganya yang baik, malah pihak pentadbirannya baru-baru ini turut memuat naik imej yang menggambarkan beliau sebagai ‘Superman’.

Trump juga mendakwa, parti Demokrat sebelum ini menyembunyikan kemerosotan mental dan fizikal Presidennya, Joe Biden, yang berusia 82 tahun ketika meninggalkan jawatan itu pada Januari lalu.

Kini, Trump, yang sebelum ini mendakwa beliau berada dalam keadaan yang sangat baik selepas menjalani pemeriksaan perubatan rutin, terpaksa menjawab soalan mengenai kesihatannya sendiri.

Pendedahan Leavitt itu dibuat susulan perbincangan meluas di media sosial mengenai pergelangan kaki Trump yang kelihatan bengkak, terutama ketika perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA di New Jersey, baru-baru ini.

Tangannya yang lebam juga sering terpaksa menggunakan bahan solekan untuk menutup kesan itu daripada penglihatan umum.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Presiden Trump menyedari ada sedikit bengkak pada bahagian bawah kakinya,” kata Leavitt dan memaklumkan Presiden itu sudah diperiksa oleh doktor Rumah Putih sebagai langkah berjaga-jaga.

Ujian ultrasound menunjukkan beliau mengalami masalah saraf kronik, satu keadaan yang tidak berbahaya dan biasa berlaku, khususnya dalam kalangan individu berusia lebih 70 tahun.” katanya.

Beliau juga memberitahu, Trump mempunyai struktur dan fungsi jantung yang normal, tiada tanda-tanda kegagalan jantung, masalah buah pinggang, atau penyakit sistemik.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment