KUALA LUMPUR 16 Julai – Keluarga mendiang Teoh Beng Hock menolak permohonan maaf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan sumbangan ihsan sebaliknya menuntut keadilan atas kematian itu. Adik perempuan mendiang, Teoh Lee Lan pada sidang media bersama Persatuan Teoh Beng Hock untuk Perkembangan Demokrasi (TBH-ADA) menyifatkan permohonan maaf oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki sebagai tidak ikhlas dan hanya untuk publisiti. Beliau berkata, permohonan maaf seperti itu tidak membawa sebarang makna selagi tidak ada pengakuan pembabitan pegawai SPRM dalam kematian Beng Hock. Katanya, cadangan Jabatan Peguam Negara kepada kerajaan pimpinan…
Read MoreDay: July 16, 2025
Kegiatan tumpas, dadah RM4.1 juta dirampas
SHAH ALAM 16 Julai – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis heroin dan heroin base dengan rampasan bernilai RM4.1 juta menerusi tiga serbuan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara pukul 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang pada Sabtu lalu. Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata serbuan yang dijalankan serentak oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman itu turut menahan tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 47 hingga 55 tahun termasuk seorang individu yang dipercayai dalang sindiket. Katanya , pada serbuan pertama, polis menahan sebuah kereta Mazda di tepi…
Read MoreSPRM mohon maaf kepada keluarga Beng Hock
PUTRAJAYA 16 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengutuskan permohonan maaf dan simpati terhadap keluarga Teoh Beng Hock yang meninggal dunia ketika disoal siasat agensi antirasuah itu pada 2009. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, SPRM bersedia memberi sejumlah sumbangan ihsan kepada keluarga, khususnya bagi anak mendiang sebagai tanda keprihatinan. “SPRM mengambil maklum pada 12 Mei 2015, kerajaan membayar pampasan RM600,000 kepada keluarga mendiang dan tambahan RM60,000 bagi menampung kos guaman sebagai penyelesaian penuh dan muktamad di bawah Seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956.…
Read MoreUrusan tanpa tunai 100 peratus di R&R
SEMALAM, 15 Julai 2025, ketika singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah Arah Selatan, dapat disaksikan pelbagai ragam peniaga dan pembeli ‘melayani’ sistem pembayaran tanpa tunai yang mula dikuatkuasakan sepenuhnya. Kelihatan juga beberapa petugas penyelenggara mungkin dari PLUS sibuk menampal poster berkaitan arahan pembayaran tanpa tunai – 100% Cashless! Entah kenapa sibuk ditampal ‘pada hari kejadian’, tidak beberapa hari sebelumnya. Bagaimanapun di sesetengah gerai atau kaunter sudah ada notis “Road to cashless”, suatu peringatan kepada orang ramai yang singgah dan berbelanja. Ketika singgah membeli minuman di salah satu premis,…
Read MoreBerita pilihan….
Dana kesihatan dunia merosot
PARIS – Dana kesihatan antarabangsa dijangka merosot ke paras terendah dalam tempoh 15 tahun, susulan pemitongan besar-besaran terhadap bantuan asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). Satu kajian memberi amaran, dunia kini memasuki era baharu penjimatan kesihatan global. Satu lagi kajian berasingan menganggarkan bahawa pemotongan bantuan asing oleh AS saja boleh mengakibatkan lebih 14 juta kematian yang boleh dielakkan menjelang tahun 2030. Wang untuk membiayai rawatan kesihatan bagi golongan termiskin dan paling memerlukan di seluruh dunia dipotong secara mendadak tahun ini, dengan pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, menjadi peneraju utama…
Read MoreKematian di Gaza cecah 58,479 orang
GAZA – Jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada sekurang-kurangnya 58,479 orang manakala 139,355 orang mengalami kecederaan. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 93 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 278 orang cedera, sementara ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan. Kementerian turut memaklumkan, enam rakyat Palestin terbunuh dan lebih 29 lagi cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh semasa mendapatkan bantuan kepada 844 orang, dengan…
Read More