Kematian di Gaza cecah 58,479 orang

GAZA – Jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada sekurang-kurangnya 58,479 orang manakala 139,355 orang mengalami kecederaan.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 93 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 278 orang cedera, sementara ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan.

Kementerian turut memaklumkan, enam rakyat Palestin terbunuh dan lebih 29 lagi cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan yang terbunuh semasa mendapatkan bantuan kepada 844 orang, dengan lebih 5,604 cedera sejak 27 Mei.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, menyebabkan 7,656 orang terbunuh dan 27,314 cedera, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang bermula pada Januari.

Related posts

Leave a Comment