KUALA LUMPUR 15 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara di sini hari ini.
Menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman esok, sekali gus menamatkan polemik isu berkenaan.
Perdana Menteri berkata, perbincangan panjang berhubung perkara terbabit diadakan pada mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Persidangan Antarabangsa Integriti dan Tadbir Urus 2025 di sini, hari ini.
Anwar berkata, beliau mengakui wujud kebimbangan dalam isu terbabit, selain menimbulkan persepsi kononnya beberapa pelantikan ke jawatan penting dalam institusi kehakiman mungkin terjejas.
“Saya boleh beri jaminan, perkara itu tidak berlaku. Saya pasti rakan-rakan saya dalam bidang perundangan menghormati hakikat bahawa kita mesti bekerja berdasarkan undang-undang dan fakta, bukan persepsi.
“….dan soal persepsi biarlah jadi urusan ahli politik. Hanya dengan cara itu kita boleh terus mentadbir dengan baik.
“Saya harap ia tidak menjejaskan pendirian Majlis Peguam, kerana itulah yang mereka percaya dan walaupun saya menafikannya dengan keras, ia masih belum memuaskan hati sebahagian daripada mereka, mungkin kerana permainan politik tertentu,” katanya.
Beliau menegaskan, kerajaan komited memastikan kebebasan badan kehakiman dihormati.
Anwar juga menjelaskan selepas lebih dua setengah tahun memegang jawatan, beliau tidak pernah membincangkan sebarang kes dengan mana-mana hakim.
Ketua Hakim, mahupun mana-mana hakim lain.
Nnnnn
