20 NGO bantah cadangan lantik Nick Adams

KUALA LUMPUR 15 Julai- Cadangan melantik individu pro-Israel, Nick Adams sebagai calon Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia turut mendapat bantahan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Justeru kumpulan 20 NGO itu menggesa kerajaan menggunakan hak kedaulatannya menolak pencalonan individu pro-Israel, sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) baharu ke Malaysia. NGO terbabit dalam satu kenyataan bersama hari ini menyuarakan kebimbangan mereka itu susulan laporan bahawa penulis buku terkenal itu sedang dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan berkenaan. “Memandangkan kenyataan awam beliau (Adams) yang kontroversial serta retorik yang bersifat memecah-belahkan, kami dengan…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269

KUALA LUMPUR 15 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pramesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara di sini hari ini. Menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pramesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Berangkat sama Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim sebagai wakil rasmi Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim. Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Majlis Raja-Raja dijangka mengumumkan pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman esok, sekali gus menamatkan polemik isu berkenaan. Perdana…

Read More

Menara KL: Saman RM1 bilion diteruskan

KUALA LUMPUR 15 Julai – Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd boleh meneruskan saman RM1 bilion terhadap kerajaan berhubung penamatan perjanjian pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL). Ia berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain hari ini yang menolak permohonan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan kerajaan untuk membatalkan saman berkenaan. Melalui keputusannya Roz Mawar berkata saman terhadap Fahmi dan kerajaan tidak wajar dibatalkan pada peringkat ini kerana terdapat isu yang perlu dibicarakan, khususnya berkaitan perjanjian yang dicadangkan pada 2022, yang memerlukan perbicaraan…

Read More

Parti ultra-Ortodoks tinggalkan Netanyahu

TEL AVIV  – Parti ultra-Ortodoks Israel, Degel HaTorah, menarik diri daripada kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, susulan pertikaian berterusan berhubung rang undang-undang kerahan tentera terhadap golongan lelaki Haredi. Bagaimanapun pengunduran Degel HaTorah tidak menumbangkan kerajaan, tetapi berpotensi menggugat kestabilan gabungan sedia ada, terutama jika parti-parti ultra-Ortodoks lain seperti Shas turut mengambil pendirian yang sama. Dalam satu kenyataan rasmi, parti itu menyatakan keputusan drastik tersebut dibuat selepas kerajaan Netanyahu dilihat gagal melindungi hak pelajar institusi agama daripada dikenakan perkhidmatan ketenteraan. “Kami tidak lagi boleh kekal dalam gabungan yang mengabaikan kewajipan untuk…

Read More

Yulia Svyrydenko pimpin Ukraine

KYIV – Timbalan Perdana Menteri Yulia Svyrydenko dilantik mengetuai kerajaan baharu Ukraine menggantikan Denys Shmyhal yang dilantik pada 2020, sebelum pencerobohan Russia pada Februari 2022. Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam satu hantaran di media sosial, berkata beliau “mencadangkan agar Yulia Svyrydenko memimpin Kerajaan Ukraine dan memperbaharui fungsinya secara menyeluruh”. Zelensky berkata beliau dan Svyrydenko “membincangkan langkah konkrit untuk meningkatkan potensi ekonomi Ukraine, memperluas program sokongan untuk rakyat Ukraine dan memperhebat pengeluaran senjata dalam negara”. Bagi mencapai matlamat ini, kami sedang memulakan transformasi cabang eksekutif di Ukraine,” katanya lagi. Svyrydenko pakar…

Read More