GENEVA – Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OHCHR) mengesahkan sekurang-kurangnya 798 rakyat Palestin maut akibat serangan tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza sejak akhir Mei.
Daripada jumlah itu, 615 terbunuh dekat pusat agihan bantuan dikendalikan oleh apa yang dikenali sebagai Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) sejak 27 Mei manakala 183 lagi terkorban di sepanjang laluan yang digunakan konvoi bantuan.
Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), melaporkan, angka kematian yang membimbangkan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung mekanisme agihan bantuan yang dilaksanakan di Gaza.
Awal bulan ini, 169 pertubuhan kemanusiaan menggesa mekanisme agihan bantuan diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Israel melalui GHF dihentikan, susulan laporan hampir setiap hari mengenai rakyat Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel ketika menunggu bantuan berhampiran pusat yayasan itu.
Pertubuhan berkenaan menggesa supaya mekanisme agihan bantuan yang dikendalikan PBB, yang beroperasi di Gaza sehingga Mac lepas sebelum sekatan Israel diperketatkan, dikembalikan semula.
Sejak akhir Mei, bantuan secara beransur-ansur dibenarkan masuk ke Gaza tetapi diagihkan melalui yayasan terbabit, yang ditolak oleh banyak kumpulan bantuan antarabangsa kerana kaitannya dengan pihak berkuasa Israel.
Dalam satu kenyataan bersama, pertubuhan bantuan itu mengkritik GHF kerana mengambil alih proses pengagihan bantuan, dengan memberi amaran bahawa operasi yayasan itu telah mewujudkan keadaan berbahaya dan membawa maut kepada orang awam.
Antara yang menandatangani kenyataan itu termasuk pertubuhan dari Eropah, AS dan Israel yang terbabit dalam bidang bantuan perubatan, makanan, pembangunan dan hak asasi manusi Pertubuhan berkenaan menggesa supaya mekanisme agihan bantuan yang dikendalikan PBB, yang beroperasi di Gaza sehingga Mac lepas sebelum sekatan Israel diperketatkan, dikembalikan semula.
Sejak akhir Mei, bantuan secara beransur-ansur dibenarkan masuk ke Gaza tetapi diagihkan melalui yayasan terbabit, yang ditolak oleh banyak kumpulan bantuan antarabangsa kerana kaitannya dengan pihak berkuasa Israel.
Dalam satu kenyataan bersama, pertubuhan bantuan itu mengkritik GHF kerana mengambil alih proses pengagihan bantuan, dengan memberi amaran bahawa operasi yayasan itu telah mewujudkan keadaan berbahaya dan membawa maut kepada orang awam.
Antara yang menandatangani kenyataan itu termasuk pertubuhan dari Eropah, AS dan Israel yang terbabit dalam bidang bantuan perubatan, makanan, pembangunan dan hak asasi manusi
