RCI: MP-PN tidak sokong Rafizi

SEPANG 11 Julai – Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (MP-PN) tidak dapat menyatakan sokongan kepada cadangan dan gesaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berikutan kemelut badan kehakiman.

Ketua Whip PN,  Takiyuddin Hassan berkata, MP-PN mempunyai pandangan yang berbeza atas alasan ianya bukanlah mekanisma yang mencukupi dan berkesan memandangkan ia masih di bawah kawalan dan budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Pendirian ini juga selaras dengan kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin, bahawa PN tidak yakin Perdana Menteri akan membenarkan sebuah RCI ditubuhkan bagi menyiasat dirinya sendiri di samping ia memerlukan keputusan Kabinet yang juga dipengerusikan oleh beliau,” katanya.

PN bagaimanapun akan menilai apa-apa perkara berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang Parlimen yang bermula 21 Julai 2025 ini.

Takiyuddin dalam kenyataannya juga mengesahkan sebahagian MP-PN telah menerima sepucuk surat bertarikh 9 Julai 2025 daripada Rafizi yang bertajuk “Sokongan Terhadap Tuntutan Menegakkan Integriti Kehakiman Negara”.

“MP-PN pada dasarnya menghargai pendirian Rafizi dalam isu Kehakiman negara yang sebahagian besarnya ada persamaan dengan pendirian PN selama ini. Ini termasuklah soal peranan JAC dan kuasa eksklusif Perdana Menteri dalam soal pelantikan hakim-hakim di mahkamah tertinggi,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment