PM doakan kesejahteraan Dr Mahathir

SEPANG 10 Julai  – Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran negarawan itu ke-100 hari ini.

Perdana Menteri berkata, gaya hidup sihat dan amal bakti yang dilakukan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu boleh menjadi teladan kepada sebuah negara menua.

“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun (Dr Mahathir) terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan penuh makna.

Gaya hidup sihat dan amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan tinggi,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Anwar turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran Dr Mahathir dan berharap Allah terus merahmati bekas Perdana Menteri itu.

Dr Mahathir muncul sebagai pemimpin politik di Malaysia yang dua kali menerajui pentadbiran kerajaan.

Ketika usianya menjangkau 93 tahun, Dr Mahathir terpilih sekali lagi menjadi Perdana Menteri dan sempat memimpin negara selama 22 bulan bermula dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Foto fb PMX

Nnn

Related posts

Leave a Comment