KUALA LUMPUR 10 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini, kata Setiausaha Negara AS, Marco Rubio. Beliau berkata, perbincangan mengenai perkara itu sedang dijalankan untuk memuktamadkan tarikh bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN–AS. “Ya, ia berkemungkinan (Trump hadir ASEAN ke-47). Kami sedang usahakan tarikh untuk itu (hadir),” katanya ringkas kepada pemberita, di sini, hari ini. Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov yang berlangsung di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58. Ia pertemuan secara bersemuka kali…
Read MoreDay: July 10, 2025
Sanusi saran tanam buluh di tebing sungai
SUNGAI PETANI 10 Julai – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mencadangkan supaya kawasan tebing Sungai Korok ditinggikan dan ditanam pohon buluh madu bagi mengurangkan risiko kemalangan di laluan itu. Katanya, selain pemasangan pagar penghadang dan lampu jalan, pohon buluh yang ditanam juga dijangka berupaya menjadi penahan untuk mengelak kenderaan terjunam ke dalam sungai itu. Malah, beliau berkata, kaedah itu dilihat lebih menjimatkan kos dan mesra alam, terutama di kawasan yang masih memiliki rizab tanah berdekatan sungai bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) itu. Beliau mengemukakan cadangan itu susulan…
Read MoreHakim: PN sarankan PM ambil cuti
SEPANG 10 Julai – Perikatan Nasional (PN) disarankan agar Anwar Ibrahim mengambil cuti dan seorang Perdana Menteri Interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab, bagi menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim. Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, PN menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. “Memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pun begitu, dalam keadaan Perdana Menteri hari ini mempunyai konflik kepentingan peribadi,…
Read MoreDr Mahathir pemimpin berpengaruh
SEPANG 10 Julai – Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin berpengaruh yang membentuk Malaysia sehingga menjadi negara moden, berjaya dan terhubung dengan dunia seperti yang dikenali hari ini. Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, di peringkat ASEAN Dr Mahathir memperjuangkan kesatuan serantau, dengan keyakinan bahawa hanya kekal bersatu, kemerdekaan yang dicapai dengan sukar dapat dipertahankan. Dalam ucapan sempena ulang tahun kelahiran ke-100 negarawan ulung itu, Hsien Loong turut mengiktiraf sumbangan bekas Perdana Menteri itu di peringkat serantau khususnya dalam memperkukuh perpaduan ASEAN. Hsien Loong berkata, sumbangan Dr. Mahathir…
Read MoreSokong RCI jika mampu dedah ‘campur tangan’
KUALA LLUMPUR10 Julai – Putra menyokong saranan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika ia bertujuan membongkar siapa atau individu mana yang dikatakan campur tangan dalam urusan pelantikan hakim termasuk Ketua Hakim Negara. Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, Putra memberi sokongan tanpa syarat jika melalui RCI akan terdedah kebenaran mengenai dakwaan campur tangan oleh pihak-pihak tertentu apabila semua pihak dipanggil atau disapina untuk soal siasat. “Apabila semua pihak dipanggil untuk disoal siasat, ramai pihak akan memberi keterangan termasuk Perdana Menteri dan akan terdedahlah kebenaran mengenai dakwaan campur tangan oleh pihak-pihak tertentu,”…
Read MorePM doakan kesejahteraan Dr Mahathir
SEPANG 10 Julai – Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan kesejahteraan Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran negarawan itu ke-100 hari ini. Perdana Menteri berkata, gaya hidup sihat dan amal bakti yang dilakukan bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu boleh menjadi teladan kepada sebuah negara menua. “Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun (Dr Mahathir) terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan penuh makna. Gaya hidup sihat dan amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang…
Read MoreElak buka ruang Islam diperlekeh
KUALA LUMPUR 10 Julai – Sekretariat Melayu Berdaulat (SMB) mengingatkan kenyataan Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam malah mencalar maruah institusi kepemimpinan Melayu. SMB dalam kenyataannya berkata, Presiden UMNO itu seharusnya lebih cermat dan beradab ketika menyentuh isu-isu berkait dengan akidah, hukum dan syariat Islam. Justeru, Koordinator SMB itu berkata, teguran tegas perlu dibuat supaya kesalahan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh berpengaruh tidak membuka ruang lebih luas kepada pihak lain untuk terus memperlekeh dan menghina agama Islam. Pada masa yang sama pihak berkuasa digesa…
Read MoreBerita pilihan….
Wanita hamil, ibu berdepan kelaparan serius
PULUHAN ribu wanita hamil dan ibu menyusukan anak di Gaza sedang berdepan kelaparan serius, dengan kesan yang dahsyat kepada bayi baru lahir, demikian amaran Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA). Menurut Pejabat Serantau UNFPA bagi Negara Arab, terdapat kira-kira 50,000 wanita hamil dan ibu menyusu tidak makan selama beberapa hari dengan kelahiran bayi pula terlalu awal dan kecil. Agensi itu menjelaskan kekurangan zat pemakanan dalam kalangan ibu menghalang mereka daripada menyusu badan, dan ketiadaan susu formula bayi menyebabkan bayi baru lahir berisiko maut atau mengalami masalah kesihatan seumur hidup. Keadaan…
Read MoreMH17: ECHR dapati Russia bertanggungjawab
PARIS – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR) memutuskan Russia bertanggungjawab ke atas insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014 yang menyebabkan 298 orang di dalam pesawat terbunuh. Pada masa sama, ECHR turut mendapati Moscow berulang kali serta secara sistematik melanggar hak asasi manusia di Ukraine. ECHR berkata, Russia melakukan serangan tentera secara membuta tuli, hukuman mati tanpa perbicaraan terhadap orang awam, penyeksaan, melakukan paksaan terhadap orang awam tanpa alasan yang sah serta pelbagai pelanggaran lain. Menjelang keputusan hari ini, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Russia tidak akan…
Read More