Kenyataan AGC sahkan tiga perkara – Rafizi

SSEPANG8 Julai  –  Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung isu kehakiman hari ini secara tidak langsung mengesahkan tiga perkara termasuk kelewatan dalam proses pelantikan dan ada pencalonan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan. Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata, kenyataan itu juga mengesahkan bahawa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang terkini dipanggil tanpa mematuhi notis 10 hari seperti kehendak pentadbiran; Katanya , kenyataan itu juga mengesahkan bahawa tuduhan seorang hakim Mahkamah Persekutuan terlibat dalam mempengaruhi keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim ada dibincangkan di…

Read More

Malaikat: Ahmad Zahid mohon ampun, maaf

KUALA LUMPUR 8 Julai – Ahmad Zahid Hamidi tampil memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata-katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading kelmarin. Presiden UMNO itu berkata, kenyataan itu lahir dalam suasana penuh emosi, sebagai usaha menggambarkan betapa mencabarnya ujian sebagai pemimpin. Ketika berucap kepada perwakilan, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengaitkan malaikat dengan tanggungjawabnya sebagai Presiden UMNO yang akhirnya tular dan mendapat kecaman di media sosial. “Beberapa hari ini, telah tular sebuah video yang mengaitkan ucapan saya menyatakan satu perumpamaan tentang malaikat yang diungkapkan dalam…

Read More

Kemampuan Presiden parti mengatasi malaikat?

Petikan dari Dr MAZA Channel BEBERAPA pihak bertanya saya tentang ucapan seorang ahli politik yang menyatakan “jika Allah ta’ala memerintahkan malaikat untuk menjadi Presiden …. (nama partinya), malaikat pun lari malam”. Saya rasa beliau terlepas cakap dan saya harap beliau tidak bermaksud seperti yang diucapkan. Pun begitu saya perlu mengulas ucapan itu supaya tidak ulangi oleh beliau atau pihak yang lain. Di sini saya ingin memberikan beberapa ulasan seperti berikut; 1. Adalah tidak sepatutnya mengaitkan malaikat dalam ucapan politik yang seperti itu. Allah menceritakan tentang sifat malaikat dalam Surah al-Tahrim…

Read More

Putri Qisya anak angkat Mara

ALOR SETAR 8 Julai – Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menjadikan Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim, 12, sebagai anak angkat serta memastikan mendapat. tempat di MRSM dan memantau perkembangannya sehingga ke peringkat tertinggi. Pengerusi Mara, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya terharu dengan ketabahan Putri Qisya yang berhasrat untuk mengubah kehidupannya menerusi pendidikan di MRSM, sebagaimana impian arwah ibunya sebelum meninggal dunia. Putri Qisya merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Mohamad Azim Izat Ishak dan Allahyarhamah Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi yang terkorban bersama empat anak mereka dalam tragedi di…

Read More

PN minta penjelasan kadar tarif AS

SEPANG 8 Julai – Perikatan Nasional (PN) menuntut penjelasan segera dan terperinci berhubung kadar baharu tarif sebanyak 25 peratus yang akan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia. Ketua Penerangan PN, Dt Radzi Jidin berkata, kadar yang diumumkan Presiden AS Donald Trump itu merupakan peningkatan sebanyak 1 peratus berbanding kadar asal yang diumumkan pada 2 April 2025. Katanya, jika dibandingkan kadar tarif yang telah diumumkan untuk negara-negara ASEAN yang lain, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang dikenakan kadar tarif lebih tinggi daripada kadar asal. Sebagai perbandingan, beliau memberitahu,kadar baharu tarif untuk Vietnam,…

Read More

PH terbuka terima pendapat anggota PKR

KUALA LLUMPUR 8 Julai- Pakatan Harapan (PH) menerima secara terbuka semua pendapat dikemukakan anggota PKR dalam memantapkan tadbir urus negara, kata Ketua Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail. Ahli Biro Politik PKR itu berkata dalam parti, ahli bebas untuk memberikan perbezaan pandangan dan pendapat kepada sesiapa sahaja yang mereka inginkan walaupun ia mungkin nampak janggal bagi parti lain. “PKR ini adalah satu parti terbuka yang menerima perbezaan pendapat daripada penyokong kerajaan. Bagi orang lain mungkin nampak pelik tapi bagi PKR ia adalah parti terbuka yang meraikan perbezaan pendapat dan kebebasan pandangan. Dalam…

Read More

Anwar hadapi suasana “seperti buku bertemu ruas”

JOHOR BAHRU 8 Julai – Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang berhadapan suasana “seperti buku bertemu ruas” di dalam partinya sendiri susulan tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu kehakiman. Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata, tidak dinafikan bahawa tindakan sembilan Ahli Parlimen backbencher dari PKR yang diketuai Rafizi Ramli itu adalah satu contoh baik dalam sistem Parlimen demokrasi. “Tetapi dari segi politik dan parti, tindakan ini bermakna sedang berlaku ” revolt” atau penentangan dalaman secara langsung terhadap Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR…

Read More

23 kes ajaran sesat dikena tindakan

SHAH ALAM 8 Julai – Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini diberitahu, sebanyak 23 kes ajaran sesat sudah dikenakan tindakan penguatkuasaan di negeri ini sejak 2019 hingga tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, antara ajaran sesat yang diambil tindakan ialah Syiah, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Rasul Melayu dan Tuhan Harun. “Daripada jumlah berkenaan sebanyak 12 kes sudah disabit kesalahan, manakala 11 kes lagi dalam proses perbicaraan di Mahkamah Syariah,” katanya menjawab pertanyaan Chua Wei Kiat (PH-Rawang) pada Persidangan DUN Ke-15, di sini. Mohammad…

Read More

Pelantikan wajar dengan tertib, teratur – AGC

PUTRAJAYA 8 Julai – Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dianggap sekadar ‘konduit’ yang menerima syor daripada mana-mana pihak berhubung pelantikan dalam badan kehakiman termasuk jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan. Sebaliknya, Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan tujuan memelihara kebebasan, kredibiliti dan integriti institusi kehakiman negara. “Jabatan ini dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenan pelantikan beberapa hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada bulan lalu dan pelantikan terbabit masih perlu…

Read More