RUU One Big Beautiful Bill lulus

WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang kontroversi,  “One Big Beautiful Bill”, satu pakej besar pemotongan cukai dan perbelanjaan yang menjadi tonggak utama agenda Presiden Donald Trump.

Undian yang berakhir dengan keputusan 218-214, itu menyaksikan semua ahli Demokrat dan dua wakil Republikan menentang rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang ini merangkumi pelbagai langkah termasuk pemotongan  cukai terbesar dalam sejarah AS, termasuk pemansuhan cukai ke atas tip, kerja lebih masa, dan faedah pinjaman kereta.

Ia juga melibatkan peningkatan besar perbelanjaan ketenteraan dan penguatkuasaan imigresen, termasuk pelaksanaan rancangan pengusiran besar-besaran

Pengurangan besar terhadap program sosial seperti Medicaid dan bantuan makanan SNAP, yang dijangka menyebabkan lebih 17 juta rakyat kehilangan perlindungan kesihatan dalam tempoh 10 tahun

Presiden Trump dijangka menandatangani rang undang-undang ini pada Hari Kemerdekaan, 4 Julai, sebagai simbol kejayaan pentadbiran beliau dalam melaksanakan agenda domestik secara menyeluruh.

Sementara itu, Ketua Minoriti Demokrat, Hakeem Jeffries, menyampaikan ucapan selama 8 jam 44 minit, mencatat rekod sebagai ucapan terpanjang dalam sejarah Dewan.

Beliau menyifatkan rang undang-undang itu sebagai “One Big Ugly Bill” dan menuduh Republikan cuba “menyumbat dasar ekstrem ke kerongkong rakyat AS”.

Walaupun Republikan mempertahankan rang undang-undang ini sebagai langkah pro-pertumbuhan dan penjimatan, beberapa ahli konservatif seperti Thomas Massie dan Brian Fitzpatrick menolak rang undang-undang itu.

Mereka bimbang kesan terhadap komuniti berpendapatan rendah dan peningkatan hutang negara sebanyak AS$3.3 trilion.

Related posts

Leave a Comment