SEPANG 4 Julai – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengesahkan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara pagi ini susulan takungan air di terowong laluan tren akibat hujan lebat. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi apabila satu daripada pam saliran di terowong itu mengalami kerosakan teknikal, sekali gus menyebabkan air bertakung tidak dapat disalirkan secara automatik. MAHB dalam kenyataan memaklumkan sebagai langkah keselamatan, operasi tren digantung sehingga kerja pembersihan air dilakukan secara manual dan laluan disahkan selamat. Dalam tempoh itu, perkhidmatan pengangkutan ke Terminal Satelit tidak…
Read MoreDay: July 4, 2025
Puad pula ingatkan Rafizi ciri-ciri munafik
SEPANG 4 Julai – Selepas dinasihatkan soal pahala dan dosa, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Puad Zarkashi membalas ingatan Rafizi Ramli dengan umurnya yang hampir mencecah 50 tetapi masih mahu terus menjadi penghasut. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu dalam hantaran di Facebooknya turut berkongsi hadis ciri-ciri orang munafik yang ditujukan kepada bekas Menteri Ekonomi itu. “Rafizi menasihati saya supaya lebih baik fikirkan pahala dan dosa kerana saya berumur 20 tahun lebih tua dari dia. Saya kongsikan satu hadis ciri ciri orang munafik. “Bila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia…
Read MoreBerita pilihan…
RUU One Big Beautiful Bill lulus
WASHINGTON – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang kontroversi, “One Big Beautiful Bill”, satu pakej besar pemotongan cukai dan perbelanjaan yang menjadi tonggak utama agenda Presiden Donald Trump. Undian yang berakhir dengan keputusan 218-214, itu menyaksikan semua ahli Demokrat dan dua wakil Republikan menentang rang undang-undang tersebut. Rang undang-undang ini merangkumi pelbagai langkah termasuk pemotongan cukai terbesar dalam sejarah AS, termasuk pemansuhan cukai ke atas tip, kerja lebih masa, dan faedah pinjaman kereta. Ia juga melibatkan peningkatan besar perbelanjaan ketenteraan dan penguatkuasaan imigresen, termasuk pelaksanaan rancangan pengusiran besar-besaran…
Read MoreTimbalan Panglima Tentera Laut terbunuh
VLADIVOSTOK – Timbalan Panglima Tentera Laut Rusia, Mejar Jeneral Mikhail Gudkov terkorban ketika menjalankan misi tempur di Wilayah Kursk. Gabenor Wilayah Primorye, Oleg Kozhemyako dalam satu hantaran di Telegram, turut memaklumkan, rakan rapat Gudkov, Nariman Shikhaliyev juga terbunuh. Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan Mikhail Gudkov, Nariman Shikhaliyev, serta semua pejuang lain yang terkorban di Wilayah Kursk. Kementerian Pertahanan Rusia mengesahkan bahawa Gudkov meninggal dunia pada 2 Julai di kawasan sempadan ketika menjalankan operasi tempur. Kozhemyako berkata, walaupun memegang jawatan tertinggi dalam komando, Gudkov sering…
Read More