KKM rekod kematian pertama Covid-19 tahun ini

PUTRAJAYA 19 Jun – Satu kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-24 (ME24), kes pertama tahun ini. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya memaklumkan, ia membabitkan individu yang mempunyai komorbiditi serius iaitu penyakit jantung dan diabetes serta tidak menerima dos penggalak kedua. “Situasi ini membabitkan penurunan ketara berbanding 57 kematian Covid-19 pada 2024 dengan kematian erakhir sebelum ini pada 26 Mei 2024. Ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan langkah kawalan oleh KKM,” kata kenyataan itu. KKM memaklumkan kes Covid-19 meningkat 68 peratus iaitu kepada 3,379 kes pada ME24 berbanding 2,011 pada minggu…

Read More

Sultan Selangor dukacita keputusan mahkamah

SHAH ALAM 19 – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa agar SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka. Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda menegaskan bahawa penyalahgunaan perkataan ‘Islam’ dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam. “Ia supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” menurut kenyataan itu. Baginda menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan…

Read More

Haji : Jadikan ‘pengalaman’ warga emas ditipu iktibar

KUALA LUMPUR 19 Jun – Kejadian yang menimpa 47 jemaah warga emas yang ditipu untuk menunaikan ibadah haji baru-baru ini perlu dijadikan iktibar terutama kepayahan yang dihadapi tetapi akhirnya hasrat tidak kesampaian dan wang pula lesap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jemaah itu bagaimanapun bernasib baik tidak didenda berikutan rekod baik ditunjukan jemaah haji Malaysia sepanjang di Tanah Suci. “Harap masyarakat lihat bagaimana sukarnya jemaah haji yang ditipu ini ketika di sana, mereka ditahan, perlu jalan jauh di padang pasir, tapi akhirnya…

Read More

Iran tidak akan menyerah

TEHRAN – Iran tidak akan pernah menyerah dan akan terus menyerang balas Israel bagi mempertahankan negara, sambil mengingatkan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan dalam konflik itu, Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan mahu terbabit dan menggesa Tehran menyerah tanpa syarat. “Negara ini tidak akan pernah menyerah,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, di mana beliau menyifatkan kata dua Trump sebagai ‘tidak boleh diterima’. “AS perlu tahu bahawa sebarang campur tangan ketenteraan pasti akan membawa…

Read More

Bhumjaithai tinggalkan kerajaan Thailand

BANGKOK – Kesemua lapan menteri daripada Parti Bhumjaithai Thailand meletak jawatan berkuat kuasa hari ini selepas parti itu mengumumkan menarik diri daripada kerajaan campuran semalam, sekali gus boleh melemahkan majoriti kerajaan. Parti kedua terbesar yang memiliki 69 kerusi Parlimen dalam gabungan pemerintah itu mengambil tindakan tersebut susulan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kerajaan yang didakwa menjejaskan kedaulatan negara itu. Bhumjaithai, menuduh Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra melakukan “tindakan yang merosakkan” susulan rakaman perbualan telefon yang bocor pada 15 Jun antara beliau dengan Presiden Senat Kemboja, Hun Sen. Menurut parti itu,…

Read More