TEHRAN – Iran tidak akan pernah menyerah dan akan terus menyerang balas Israel bagi mempertahankan negara, sambil mengingatkan Amerika Syarikat (AS) supaya tidak campur tangan dalam konflik itu,
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei memberi amaran itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan mahu terbabit dan menggesa Tehran menyerah tanpa syarat.
“Negara ini tidak akan pernah menyerah,” kata Khamenei dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, di mana beliau menyifatkan kata dua Trump sebagai ‘tidak boleh diterima’.
“AS perlu tahu bahawa sebarang campur tangan ketenteraan pasti akan membawa kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan,” katanya ketika negara berkenaan melancarkan peluru berpandu hipersonik dalam satu lagi gelombang serangan terhadap Israel, dalam perang yang memasuki hari keenam.
Serangan peluru berpandu terbaharu itu berlaku beberapa jam selepas Israel mendakwa memusnahkan ibu pejabat keselamatan dalam negeri Iran di Tehran.
Menurut tentera Israel, gelombang serangan baharu itu menyasarkan sistem peluru berpandu serta tapak penyimpanan senjata di barat Iran dan sudah mula memperluaskan skop serangan ke kawasan lain di Iran.

Televisyen Iran melaporkan pelancaran peluru berpandu hipersonik Fattah, manakala Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mengumumkan pelancaran peluru berpandu berat jarak jauh yang digelar ‘super-heavy’.
Seorang pegawai tentera Israel yang enggan dinamakan, memberitahu Iran melancarkan kira-kira 400 peluru berpandu balistik dan 1,000 dron sejak Jumaat lalu.
Tambahnya, kira-kira 20 peluru berpandu Iran sampai ke sasaran di kawasan awam di Israel.
Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berkata jet tentera udara mereka memusnahkan ibu pejabat keselamatan dalam negeri Iran.