SST : Kritikan biar berasaskan fakta

PUTRAJAYA 30 Jun  – Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa keputusan kerajaan berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat.

Bagaimanapun kerajaan terbuka menerima kritikan berhubung SST namun pandangan mesti dibuat berasaskan fakta.

“Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik.

“Saya tak faham apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan.

Jadi hal-hal ini disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Anwar juga menjelaskan, cukai amat penting kerana membantu memberi hasil kepada negara bagi membolehkan pelbagai kemudahan untuk rakyat dibina dan dibangunkan.

“Jika sesebuah negara tak ada cukai langsung, tak mungkin dapat bina sekolah, gaji penjawat awam pun sudah dinaikkan sebab cukai tak ada.

“Jadi cukai ini kalau boleh jangan bebankan rakyat terbanyak dan sebab itu kadar elektrik yang diputuskan oleh Jemaah Menteri, harus elak daripada membebankan rakyat tapi andai kata ada satu dua yang terkena, boleh kita baiki,” katanya.

Perdana Menteri juga menjelaskan, keputusan mengenakan SST kepada buah-buahan import antaranya bertujuan menggalakkan hasil penanaman tempatan kerana negara memiliki tanah yang subur serta potensi pertanian yang luas.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan tetap bersikap terbuka untuk membuat pengecualian cukai sekiranya wujud keperluan sedemikian.

Begitu juga dengan permintaan daripada pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) supaya nlai ambang kelayakan SST dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta.
Nnn

Related posts

Leave a Comment