Kerjasama strategik jamin penerbangan

PUTRAJAYA 15 Mei – Amal by Malaysia Airlines (Amal), hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan 13 syarikat pengendali umrah yang akan menjamin tempat duduk penerbangan pada musim baharu 1447H , mulai Jun 2025 hingga Julai 2026. Kerjasama itu menekankan komitmen Amal untuk memastikan perjalanan ibadah umrah yang lancar dan boleh dipercayai oleh jemaah di samping meningkatkan pengalaman beribadah di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Majlis menandatangani kerjasama itu berlangusng di sebuah hotel di sini yang dihadiri Ketua Pegawai Operasi Amal Muhammad Najmi Mansor serta 13 wakil syarikat pengendali umrah yang…

Read More

Nurul Izzah tolak debat bersama Rafizi.

SHAH ALAM 15 Mei – : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang akan mencabar Datuk Seri Rafizi Ramli bagi  jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti kali ini, menolak cadangan debat yang dicadangkan Menteri Ekonomi itu. Beliau berbuat demikian kerana tidak mahu dibebani dengan isu seperti perdebatan. Pada sidang media selepas program bersama akar umbi parti di sini malam tadi, Nurul Izzah berkata, kempen beliau kali ini memberi tumpuan kepada program berimpak tinggi dan pendekatan menyeluruh yang bermakna, khususnya kepada wanita dan pengundi muda, sambil meminimumkan ketegangan politik. Terdahulu, di…

Read More

80 maut ketika gesaan hentikan serangan

GAZA – Ketika Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) menggesa serangan ke atas Semenanjung Gaza dihentikan, sekurang-kurangnya 80 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel semalam. Israel dilaporkan memperhebatkan lagi pengeboman di Gaza ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Asia Barat, sekali gus melenyapkan sebarang harapan mengenai gencatan senjata. Petugas perubatan berkata, kebanyakan mangsa yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak, maut dalam serangan udara bertubi-tubi oleh Israel ke atas kawasan perumahan di Jabalia, utara Gaza. Tentera Israel (IDF) semalam, turut mengeluarkan arahan pemindahan baharu kepada penduduk…

Read More

GCC gesa henti serang Gaza

RIYADH – Sidang Kemuncak Gabungan Negara Teluk (GCC)-Amerika Syarikat (AS) yang dihadiri Presiden Donald Trump menggesa serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria. Sidang Kemuncak GCC-AS itu diadakan semasa lawatan serantau Trump ketika ini, lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Januari lepas. Dalam ucapannya pada sidang berkenaan, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menyifatkan hubungan dengan Washington sebagai ‘strategik’. “Kami bekerjasama dengan AS untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin,” titah baginda. Tentera…

Read More