Halangan Nurul Izzah hanya persepsi

MELIHAT ‘gelombang’ sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, adakah keputusan akhir menyaksikan tiada pertandingan bagi jawatan itu, atau istilah mudah menang tanpa bertanding? Tetapi siapa pula bakal menang tanpa bertanding, jika keadaan itu berlaku? Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh terjadi pada saat-saat akhir “demi perpaduan dan kekuatan” parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Apa pun penyandang jawatan, Rafizi Ramli sudah bersedia menghadapi saingan terutama melibatkan Nurul Izzah dan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Rafizi mulanya mahu berundur. Kata Rafizi, apa juga pilihan…

Read More

Nurul Izzah ambil kira penyatuan parti

SEPANG 7 Mei –  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang dicadangkan bertanding untuk jawatan No. 2 parti pada pemilihan hujung bulan ini akan membuat keputusan terbaik berhubung cadangan akar umbi dan pimpinan parti itu. Katanya, dalam membuat keputusan sama ada bertanding atau tidak merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau akan mengambil kira soal penyatuan dan persepakatan dalaman parti, sebelum mempertimbangkan sebarang keputusan. “Keadilan sedang berada dalam fasa penting. Justeru, segala keputusan yang bakal diambil haruslah mempertimbang bukan saja keperluan menyatu dan memperkukuh jalinan sesama sahabat seperjuangan, tetapi juga keperluan membawa…

Read More

Hak Saifuddin, Nurul Izzah bertanding – Rafizi

SEPANG 7 Mei – Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir sama ada mempertahankan jawatan Timbalan Presiden atau tidak pada pemilihan yang akan berlangsung 23 Mei ini. Ini termasuk pandangan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk beliau kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari Kabinet. Beliau juga pada masa yang sama menegaskan, dalam semangat demokrasi, masing-masing ada hak untuk bertanding jawatan itu termasuk Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah. Katanya, apa…

Read More

Adam Adli sokong Nurul Izzah

SEPANG 7 Mei – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025 yang akan berlangsung pada 23 Mei ini. Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Nurul Izzah adalah sebahagian sejarah panjang Keadilan, dan juga masa hadapan untuk Keadilan. “Parti ini sedang dipersiapkan menuju zaman dan cabaran baharu; dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi – melangkaui individu mahupun nama keluarga,” katanya. Beliau dalam satu kenyataan berkata, sejak penubuhannya, Keadilan melahirkan pelbagai lapis…

Read More

Kanada tidak akan dijual

WASHINGTON – “Kanada tidak dijual. Dan tidak akan dijual, sampai bila-bila.” Itu ketegasan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney ketika menjawab cadangan Donald Trump menjadikan Kanada negeri ke-51 Amerika Syarikat. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mencetus kontroversi apabila mencadangkan Kanada menjadi negeri ke-51 AS semasa sidang media bersama Carney di White House, di sini. Kata Trump: “Ia perlukan persetujuan dua pihak, bukan? Saya percaya ini akan jadi pemotongan cukai besar-besaran untuk rakyat Kanada. Anda dapat ketenteraan percuma, penjagaan kesihatan yang hebat, dan pelbagai kelebihan lain,” . Trump yang terkenal dengan latar…

Read More

India lanar peluru berpandu ke Pakistan

ISLAMABAD – Tentera India didakwa telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tiga lokasi di Pakistan dan Kashmir yang ditadbir Pakistan, mencetuskan ketegangan yang kian memuncak antara kedua-dua negara. Dilaporkan, kejadian tembakan artileri berat dan letupan kuat di beberapa kawasan sempadan di Kashmir yang ditadbir Pakistan. Menurut kenyataan rasmi kerajaan India, serangan itu merupakan sebahagian daripada ‘Operasi Sindoor., menyasarkan kem pengganas di Pakistan dan wilayah Jammu serta Kashmir yang diduduki Pakistan. Kenyataan itu turut menyebut, tindakan itu bersifat terfokus, terukur dan tidak bertujuan untuk mencetuskan ketegangan di mana tiada kemudahan…

Read More