WASHINGTON – “Kanada tidak dijual. Dan tidak akan dijual, sampai bila-bila.” Itu ketegasan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney ketika menjawab cadangan Donald Trump menjadikan Kanada negeri ke-51 Amerika Syarikat.
Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mencetus kontroversi apabila mencadangkan Kanada menjadi negeri ke-51 AS semasa sidang media bersama Carney di White House, di sini.
Kata Trump: “Ia perlukan persetujuan dua pihak, bukan? Saya percaya ini akan jadi pemotongan cukai besar-besaran untuk rakyat Kanada. Anda dapat ketenteraan percuma, penjagaan kesihatan yang hebat, dan pelbagai kelebihan lain,” .
Trump yang terkenal dengan latar belakang sebagai pemaju hartanah berkata, apabila melihat gabungan kedua-dua negara, beliau merasakan “itulah yang sepatutnya berlaku.”
Namun beliau menambah, “Tapi kami tidak akan bincangkan perkara ini melainkan ada pihak yang mahu membincangkannya.”
Bagaimanapun Perdana Carney dengan tegas menolak cadangan tersebut dan dan menegaskan dalam dunia hartanah, ada sesetengah tempat yang tidak akan dijual.
“Saya telah bertemu dengan rakyat Kanada sepanjang kempen beberapa bulan lalu – Kanada tidak dijual..”, kata Carney sambil menegaskan, masa depan hubungan Kanada-AS terletak pada kerjasama dan pembinaan bersama, yang lama terjalin.
Beliau turut menyatakan persetujuan terhadap keperluan memperkukuh keselamatan bersama.
Dalam perkembangan sama, Carney mendedahka, beliau telah meminta Presiden Trump untuk berhenti merujuk Kanada sebagai “negeri ke-51” dalam pertemuan mereka di White House.
Namun, Carney enggan mendedahkan bagaimana Trump memberi respons terhadap permintaan tersebut.
Dalam satu kenyataan berbahasa Perancis, Carney berkata: “Saya telah nyatakan bahawa tidak wajar untuk terus mengulang-ulang idea ini. Tapi beliau adalah Presiden dan beliau akan cakap apa yang beliau mahu.”
Nnnn
