Adam Adli sokong Nurul Izzah

SEPANG 7 Mei – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli menyokong pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025 yang akan berlangsung pada 23 Mei ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Nurul Izzah adalah sebahagian sejarah panjang Keadilan, dan juga masa hadapan untuk Keadilan.

“Parti ini sedang dipersiapkan menuju zaman dan cabaran baharu; dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi – melangkaui individu mahupun nama keluarga,” katanya.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, sejak penubuhannya, Keadilan melahirkan pelbagai lapis generasi dan latar dan kini menuntut parti mengangkat pemimpin paling berkesan dalam merapatkan sama ada jurang generasi, atau jurang gender.

“Berdekad lama Keadilan disebut sebagai parti masa hadapan. Hari ini, masa hadapan itu sudah pun tiba. Masa hadapan itu adalah sekarang.

Maka selepas membuat sebaik-baik penilaian, tanpa hilang rasa hormat kepada mana-mana pimpinan parti – saya dengan ini ikut menyokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden dalam Pemilihan 2025,” kata Adam.

Beliau yakin, pencalonan untuk jawatan itu bukan soal individu, tetapi langkah strategik untuk memperkukuhkan barisan kepemimpinan masa hadapan parti,” katanya

Beliau berkata, dalam suasana politik yang semakin kompleks, Nurul Izzah menjadi sosok yang bukan sahaja berwibawa dan berprinsip, tetapi juga mampu meniupkan semangat reformasi ke generasi baharu, melintasi pelbagai latar yang ada.

Katanya, Nurul Izzah adalah antara Naib Presiden yang paling berpengalaman sejak usia awal parti, mewakili suara rakyat sebagai Ahli Parlimen selama tiga penggal, dan mengabdikan diri sebagai aktivis hak asasi manusia di luar takwim politik.

“Nurul Izzah konsisten mengangkat nilai keadilan, integriti dan pembaharuan institusi dan Nurul Izzah di barisan hadapan adalah tanda komitmen kita terhadap kesinambungan idealisme reformasi – melangkaui individu mahupun nama keluarga,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment