“Saya masih ada masa”

RANTAU PANJANG 4 Mei  – “Tunggulah, saya akan umumkan nanti… masih ada masa,” kata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH), Saifuddin Nasution Ismail, berhubung pendiriannya sama ada bertanding atau tidak jawatan No.2 PKR. Menteri Dalam Negeri itu akan mengumumkan pada saat akhir berikutan masih mempunyai masa selepas tempoh pencalonan untuk Pemilihan PKR 2025 dianjakkan ke minggu depan. Saifuddin Nasution juga memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan penyandang jawatan Timbalan Presiden, Rafizi Ramli, selain berjumpa Presiden PKR, Anwar Ibrahim. “Saya masih ada masa untuk istikharah. Sebelum ini, saya sudah mengadakan perbincangan selama empat…

Read More

Saringan penyakit paru-paru kaedah AI

PUTRAJAYA 4 Mei – Sebanyak tujuh fasiliti kesihatan dikenal pasti bagi pelaksanaan transformasi kaedah saringan dan diagnostik penyakit paru-paru menerusi penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di bawah Inisiatif Kesihatan Paru-Paru 2025–2030. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, berkata fasiliti berkenaan adalah Klinik Kesihatan (KK) Seberang Perai, Pulau Pinang; KK Kok Lanas, Kelantan; KK Beserah, Pahang; KK Luyang, Sabah; KK Kajang dan KK Batu 9 Cheras, Selangor dan KK Pendang, Kedah. Dr Dzulkefly Ahmad, berkata inisiatif itu adalah langkah komprehensif KKM dalam memperkukuh aspek pencegahan, saringan, rawatan serta kawalan penyakit berkaitan paru-paru.…

Read More

Tidak mungkin MCA bubar, sertai DAP

SEPANG 4 Mei – MCA dan DAP bagaikan minyak dan air yang tidak memungkinkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibubarkan seterusnya menyertai DAP seperti yang disarankan oleh Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin. Ketua Penerangan Pemuda MCA Neow Choo Seong berkata, MCA parti moderat yang mengamalkan kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian, bukannya ekstrem yang tergamak menggunakan sentimen perkauman untuk meraih sokongan. “Kami tak sanggup nak gelar penyatuan ummah menerusi kerjasama UMNO Pas sebagai ‘isyarat perang ke atas bukan Islam atau bukan Melayu’, mahupun menyifatkan ia sebagai ‘negara Taliban’. Kami tak sanggup…

Read More

PAP menang besar, kekal perintah Singapura

SINGAPURA – Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal memerintah selepas parti pimpinan Perdana Menteri, Lawrence Wong, sekali mendapat mandat kukuh dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum 2025. Pasukan empat anggota yang dipimpin Wong, berjaya mempertahankan GRC Marsiling-Yew Tee, dengan meraih 80,890 undi (73.46 peratus) berbanding pencabar, Parti Demokratik Singapura (SDP) yang meraih 29,220 undi. PAP yang menghadapi pilihan raya pertama di bawah kepemimpinan Wong sebagai Setiausaha Agung menang besar dengan menerima undi sah sebanyak 65.57 peratus kira-kira 4 mata peratusan lebih tinggi daripada 61.24 peratus pada…

Read More

Sekat 1.3 juta kandungan perjudian

JAKARTA 4 Mei – Lebih 1.3 juta kandungan berkaitan perjudian dalam talian, termasuk 1.19 juta laman web perjudian dan 127,000 hantaran media sosial disekat dalam tempoh enam bulan sejak 20 Oktober 2024 hingga 23 April lalu. Langkah Kementerian Komunikasi dan Digital Indonesia dengan kerjasama Lembaga Audit Indonesia (BPK) itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan pengawasan dan menguatkuasakan undang-undang digital. Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid dalam satu kenyataan hari ini berkata, angka-angka ini mencerminkan ancaman sebenar dalam ruang digital yang mengganggu keselamatan negara dan ketenteraman awam. Katanya, adalah…

Read More