Month: April 2025
Wanita tertua Jepun meninggal
TOKYO – Wanita, Okagi Hayashi, 115 tahun yang diiktiraf sebagai individu tertua di Jepun, meninggal dunia akibat kegagalan jantung hujung minggu lepas. Menurut Kementerian Kesihatan Hayashi, yang dilahirkan pada 2 September 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu. Beliau menjadi orang tertua di Jepun pada Disember lepas selepas kematian Tomiko Itooka, yang meninggal dunia pada usia 116 tahun dan diiktiraf sebagai individu tertua di dunia ketika itu. Kini, orang tertua di Jepun ialah Mine Kondo, 114 tahun, yang menetap di Kota,…
Read MoreSerangan udara AS ragut 68 jiwa
SANAA – Serangan udara Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah pusat tahanan di utara Yaman pada Isnin menyebabkan sekurang-kurangnya 68 orang terbunuh, manakala 47 lagi cedera. Kumpulan Houthi, yang menguasai sebahagian besar kawasan di utara Yaman berkata semua mangsa adalah pendatang tanpa izin dari Afrika yang ditahan di pusat tahanan di Saada, ibu kota wilayah Saada, utara negara itu. Kesemua 68 mayat berjaya dikeluarkan daripada runtuhan selepas pasukan pertahanan awam memadamkan kebakaran yang tercetus akibat serangan udara AS itu. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital. Menurut saluran televisyen Houthi, satu…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 29.04.2025
Kluster ILI kalangan pelajar di Kuala Muda
PUTRAJAYA 28 April – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda di Kedah mengesan kluster Influenza-Like-Ilness (ILI) dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pendidikan di daerah itu. Ia susulan laporan media sebelum ini berhubung kejadian penyakit berjangkit dalam kalangan pelajar dan kakitangan di institusi terbabit pada 23 April lalu membabitkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan 17.7 peratus. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, enam daripada 28 kes disahkan positif Influenza A dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala 22 lagi yang bergejala ILI…
Read More39,241 pemilih baharu sepanjang Mac
PUTRAJAYA 29 April – Sebanyak 39,241 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang Mac lalu, berbanding 34,889 pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2025 (DPT BLN3/2025) juga merekodkan 9,000 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, serta 1,123 bertukar status atau kategori pengundi. DPT BLN3/2025 yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini mengandungi 39,241 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac yang…
Read MorePembangkang perlu terbuka terima teguran
SEPANG 28 April – Musuh sebenar pembangkang bukanlah rakan-rakan seperjuangan sebaliknya mereka yang “menindas rakyat dan menggadaikan amanah” , kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Justeru katanya, teguran sesama dalam keluarga besar pembangkang harus diterima dengan dada terbuka dan sebagai pemimpin parti kecil, beliau tetap mendoakan kejayaan rakan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas dan Bersatu. Katanya dalam medan politik, yang berselisih bukan musuh, yang mengkritik bukan membenci, kerana akhirnya, rakyatlah hakim yang menentukan “Walaupun kecil, sentiasa berdiri teguh di medan perjuangan untuk mempertahan hak rakyat dan memperkasakan bangsa. Saya bukan barua…
Read MoreBerita pilihan…
Terumbu karang gergasi di perairan AMAALA
RIYADH – Red Sea Global (RSG) mengumumkan penemuan koloni terumbu karang gergasi spesies Pavona di perairan AMAALA, pesisir barat laut Arab Saudi, yang berpotensi menjadi tarikan utama pelancong menerusi aktiviti selam. Menurut laporan media, terumbu itu juga menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan. Ia hampir menyamai saiz pemegang rekod dunia semasa yang berukuran 32 x 34 meter, ditemukan di Lautan Pasifik dan kini diiktiraf sebagai koloni karang terbesar seumpamanya yang pernah direkodkan di Laut Merah. Akses ke lokasi itu akan dibenarkan kepada para pelawat selaras dengan prinsip pelancongan bertanggungjawab…
Read More50 lagi terbunuh di Gaza
GAZA – Serangan terbaharu Israel pada lewat Ahad mengorbankan 50 orang di Semenanjung Gaza setelah Israel menyambung semula kempen ketenteraannya dengan serangan harian sejak 18 Mac lalu. Tindakan Israel itu dilakukan selepas perjanjian gencatan senjata yang menghentikan pertempuran selama dua bulan gagal diteruskan. Israel terus menyerang kawasan khemah di bahagian tengah, termasuk Deir el-Balah, kem pelarian berhampiran, serta di Bandar Gaza manakala kawasan timur bandar itu, iaitu kejiranan Tuffah, diserang bertubi-tubi selama tiga minggu, selain kawasan kejiranan Shujayea dan Zeitoun. Pertahanan Awam Palestin memaklumkan masih terdapat mangsa yang tertimbus dan…
Read More