Pembangkang perlu terbuka terima teguran

SEPANG 28 April – Musuh sebenar pembangkang bukanlah rakan-rakan seperjuangan sebaliknya mereka yang “menindas rakyat dan menggadaikan amanah” , kata Presiden Putra Ibrahim Ali.

Justeru katanya, teguran sesama dalam keluarga besar pembangkang harus diterima dengan dada terbuka dan sebagai pemimpin parti kecil, beliau tetap mendoakan kejayaan rakan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas dan Bersatu.

Katanya dalam medan politik, yang berselisih bukan musuh, yang mengkritik bukan membenci, kerana akhirnya, rakyatlah hakim yang menentukan

“Walaupun kecil, sentiasa berdiri teguh di medan perjuangan untuk mempertahan  hak rakyat dan memperkasakan bangsa. Saya bukan barua seperti sesetengah pihak..sekali menentang DAP, sekali sokong DAP,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai kenyataannya berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri  (DUN) Ayer Kuning semalam, beliau berkata, pandangannya ikhlas, sebagai orang yang sudah lama bergelumang dalam politik.

“Pandangan saya mungkin tidak sempurna dan perlu dilihat dengan hikmah, bukan dengan kemarahan. Saya tidak pernah mendakwa diri saya sebagai pakar Ayer Kuning, apatah lagi mempersoalkan usaha keras rakan-rakan di lapangan.

Saya sekadar berkongsi pandangan berdasarkan pengalaman panjang saya dalam memahami gelombang dan isyarat rakyat, yang kadangkala tidak kelihatan di permukaan kempen pilihan raya,” katanya.

Semalam Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz ketika mengulas pandangan Ibrahim mengenai ‘kesombongan’ PN mempersoalkan bila Presiden Putra itu menjadi pakar PRK dan pakar Ayer Kuning.

“Berbanding Ibrahim, petugas-petugas Pas dan Bersatu lebih lama berada di lapangan di Ayer Kuning dan lebih memahami dengan jelas isu-isu utama rakyat dan pengundi Ayer Kuning,” katanya

Tun Faisal menyarankan Ibrahim supaya tidak membuat analisis dari atas katil dan perlu menyemak fakta sebelum memalukan diri sendiri.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, pandangannyq bukan ditulis dari “atas katil” seperti yang dibayangkan Tun Faisal, tetapi lahir dari rasa kasih terhadap masa depan politik tanah air yang memerlukan kejujuran dalam menilai kelemahan dan ruang penambahbaikan.

“Dalam politik, kita mesti berani menyemak diri sendiri, bukan sekadar menyalahkan pihak lawan., mampu muhasabah diri dan berlapang dada menerima kritikan” kata Ibrahim yang mendakwa singgah di markas dan mendengar ceramah semua parti yang bertanding.

Katanya , sebagai orang yang mempunyai pengalaman bertanding tujuh kali dalam pilihan raya dengan berlainan parti, beliau ada sedikit sebanyak pengalaman untuk dikongsi dan diharap memberi faedah.

“Tapi kalau nak serang dan gaduh dengan saya pun boleh, cuma siapa dia yang nak berdepan dengan saya. Apa rekod kejayaan perjuangannya selama ini,” soal Ibrahim.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment