KUALA LUMPUR 15 April – “Lama kami tidak bertemu. Kami dipertemukan hari ini di dalam Masjid Negara di bulan Syawal. Moga Allah SWT memberkati kita semua,” demikian catatan Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali. Bekas Menteri Besar Selangor itu merujuk pertemuan dengan bekas bos lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara hari ini. Melalui Facebooknya, Mohamed Azmin memberitahu, beliau bersama Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Mohd Yassin, berada di Masjid Negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada negarawan Abdullah Ahmad Badawi. “Kami…
Read MoreMonth: April 2025
Orang awam, kenamaan diberi ruang sama rata
KUALA LUMPUR – Kehadiran orang awam dan tetamu kenamaan pada waktu yang sama, tanpa mengira status untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah kerana Allahyarham pemimpin yang tidak terlalu menekankan protokol. Menantu Perdana Menteri Kelima itu, Khairy Jamaluddin berkata, pihak keluarga membuat keputusan agar semua yang hadir, diberikan ruang sama rata. “Pak Lah adalah seorang pemimpin yang tidak memberatkan protokol. Sebab itu kita membuat keputusan supaya semua hadir pada waktu yang sama, tanpa mengira status,” katanya kepada media selepas selesai urusan pengebumian berkenaan. Khairy juga menyifatkan urusan…
Read MorePak Lah selamat disemadikan di Makam Pahlawan
KUALA LUMPUR 15 April – – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada pukul 2.30 petang. Perdana Menteri kelima itu dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara. Terdahulu, solat jenazah, tahlil serta bacaan talkin dipimpin Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni. Selain balu Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, turut berada di Makam Pahlawan ialah anak Allahyarham, iaitu Tan Sri Kamaluddin serta Nori, dan suami Khairy Jamaluddin dan beberapa ahli keluarga terdekat. Turut berada di Makam Pahlawan ialah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim,…
Read MoreBerita pilihan…
Beku dana kepada Universiti Harvard
WASHINGTON – Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat membekukan dana persekutuan berjumlah kira-kira AS$2.3 bilion (RM10.9 bilion) kepada Universiti Harvard susulan ingkar arahan Rumah Putih. Institusi itu dilaporkan menentang arahan Rumah Putih, termasuk gesaan supaya program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) dihentikan. Menurut satu kenyataan daripada pasukan petugas Jabatan Pendidikan yang menangani isu antisemitisme, tindakan Harvard itu mencerminkan sikap “berhak” yang membimbangkan dan dikatakan berleluasa dalam kalangan universiti terkemuka di negara itu. “Pendirian Harvard hari ini mengukuhkan lagi mentaliti hak istimewa yang membimbangkan, yang telah menjadi endemik dalam institusi pengajian tinggi paling…
Read MoreBekalan makanan di Gaza makin habis
KESATUAN Eropah (EU) mendedahkan tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza mencetuskan krisis kemanusiaan di wilayah itu, sementara bekalan bantuan pula bertimbun di luar dan makanan menjadi rosak. Pesuruhjaya EU bagi Kesiapsiagaan, Pengurusan Krisis dan Kesaksamaan, Hadja Lahbib mendedahkan situasi di Gaza dan Tebing Barat, menjelang Mesyuarat Menteri-menteri Luar EU di Luxembourg. “Ketika gudang-gudang di luar Gaza penuh dengan makanan, bekalan makanan di Gaza semakin kehabisan dan makanan di luar menjadi rosak kerana kami tidak dapat memasuki kawasan itu. “Sekurang-kurang 100 kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari,” katanya.. Lahbib…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 15.04.2025
Istiadat Pengebumian Negara
PUTRAJAYA 15 April – Kerajaan memutuskan supaya Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’, hari ini. Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memaklumkan jenazah negarawan itu akan dibawa ke Masjid Negara, pada pukul 8 pagi bagi pengurusan jenazah. Katanya, penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara bermula pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari. Jenazah akan disembahyangkan selepas solat zohor di Masjid Negara, dan seterusnya dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Menurut kenyataan itu lagi, pakaian bagi pelawat lelaki Islam adalah baju kebangsaan…
Read MoreDikebumikan di Makam Pahlawan
KUALA LUMPUR 14 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dibawa ke kediamannya di Tasik Perdana, di sini sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat jenazah di Masjid Negara esok. Perkara itu dimaklumkan menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. “Esok pagi jenazah akan dibawa ke Masjid Negara. Kemudian pada pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari jenazah akan diletakkan di Dewan Solat Utama Masjid Negara untuk penghormatan terakhir. Selepas zuhur akan diadakan solat jenazah bagi Pak Lah,…
Read MorePak Lah mengajar erti kemanusiaan dalam kepemimpinan
KUALA LUMPUR 14 April – Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi adalah insan yang mengajar erti kemanusiaan dalam kepemimpinan, memimpin negara dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ketika beliau sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, Perdana Menteri kelima dikenali sebagai Pak Lah itu tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. “Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas,” katanya dalam satu kenyataan di sini susulan kenyataan menantu Abdullah,…
Read More