Bekalan makanan di Gaza makin habis

KESATUAN Eropah (EU) mendedahkan tindakan Israel menyekat bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza mencetuskan krisis kemanusiaan di wilayah itu, sementara bekalan bantuan pula bertimbun di luar dan makanan menjadi rosak.

Pesuruhjaya EU bagi Kesiapsiagaan, Pengurusan Krisis dan Kesaksamaan, Hadja Lahbib mendedahkan situasi di Gaza dan Tebing Barat, menjelang Mesyuarat Menteri-menteri Luar EU di Luxembourg.

“Ketika gudang-gudang di luar Gaza penuh dengan makanan, bekalan makanan di Gaza semakin kehabisan dan makanan di luar menjadi rosak kerana kami tidak dapat memasuki kawasan itu.

“Sekurang-kurang 100 kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari,” katanya..

Lahbib berkata, terdapat tiga keutamaan mendesak di Gaza ketika Israel berterusan melancarkan tindakan pembunuhan beramai-ramai termasuk memulihkan gencatan senjata dan memudahkan kemasukan bantuan Kemanusiaan.

Beliau menegaskan, Gaza sedang berdepan krisis kemanusiaan akibat sekatan terhadap bantuan.

Lebih sebulan berlalu tanpa sebarang bantuan, makanan, elektrik, malah sekeping roti pun tidak sampai ke sana.

Beliau turut memaklumkan bahawa Israel tidak meluluskan misi bantuan kemanusiaan yang mahu beroperasi di kawasan itu sejak sekian lama, bahkan kini tiada lagi kakitangan antarabangsa di Gaza dan Tebing Barat.

Lahbib turut menekankan bahawa keadaan di Tebing Barat yang diduduki juga semakin memburuk.

“Pengusiran paksa dan keganasan telah menjadi kebiasaan. Justeru, kita memerlukan tindakan politik yang tegas,” katanya.

Beliau berkata, mesyuarat pertama dialog politik peringkat tinggi antara EU dengan Palestin akan diadakan dengan penyertaan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa, selepas mesyuarat Menteri-menteri Luar itu.

Katanya, peserta mesyuarat itu akan membincangkan peluang kerjasama, hubungan dua hala dan usaha memenuhi keperluan rakyat Palestin.

Nnn

Related posts

Leave a Comment