Beku dana kepada Universiti Harvard

WASHINGTON – Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat membekukan dana persekutuan berjumlah kira-kira AS$2.3 bilion (RM10.9 bilion) kepada Universiti Harvard susulan ingkar arahan Rumah Putih.

Institusi itu dilaporkan menentang arahan Rumah Putih, termasuk gesaan supaya program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) dihentikan.

Menurut satu kenyataan daripada pasukan petugas Jabatan Pendidikan yang menangani isu antisemitisme, tindakan Harvard itu mencerminkan sikap “berhak” yang membimbangkan dan dikatakan berleluasa dalam kalangan universiti terkemuka di negara itu.

“Pendirian Harvard hari ini mengukuhkan lagi mentaliti hak istimewa yang membimbangkan, yang telah menjadi endemik dalam institusi pengajian tinggi paling berprestij di negara ini – seolah-olah pelaburan persekutuan tidak disertai dengan tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang hak sivil,” kata kenyataan itu.

Pasukan petugas berkenaan memaklumkan bahawa dana yang dibekukan termasuk AS$2.2 bilion (RM9.7 bilion) dalam bentuk geran dan AS$60 juta (RM264 juta) dalam nilai kontrak yang sepatutnya disalurkan kepada Harvard.

Nnn

Related posts

Leave a Comment