Indonesia mahu tanam gandum

JAKARTA – Dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import gandum, Indonesia akan bekerjasama dengan Jordan bagi menjalankan percubaan penanaman komodoti itu. Menteri Pertanian Indonesia, Andi Amran Sulaiman yang mengiringi Presiden Prabowo Subianto dalam lawatan ke Jordan dan beberapa negara lain berkata, Jordan bersetuju membantu Indonesia dalam usaha menanam gandum. “Kami telah menjemput pakar dari Jordan, kami juga telah menilai kesesuaian iklim untuk pertanian di seluruh Indonesia dan kini sedang mengenal pasti benih unggul yang boleh ditanam di sini,” katanya pada sidang media di pejabatnya. Amran menegaskan jika pelan itu berjaya, ia…

Read More

Saringan ketat pemohon visa AS

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengetatkan saringan pelawat asing apabila Rumah Psemalam mengarahkan saringan media sosial terhadap semua pemohon visa AS yang pernah mengunjungi Gaza pada atau selepas 1 Januari 2007. Menurut laporan media,  arahan itu menyatakan bahawa semakan media sosial ke atas semua pemohon visa imigran dan bukan imigran perlu merangkumi pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu pernah berada di wilayah Palestin itu atas kapasiti rasmi atau diplomatik. Jika hasil semakan media sosial menemui maklumat yang berpotensi memberi ancaman berkaitan isu keselamatan, maka satu…

Read More

Ketua editor Sin Chew Daily ditahan

KUALA LUMPUR 17 April – Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily pada  ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu. Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain yang mengesahkan demikian berkata,, kedua-dua individu ditahan untuk siasatan lanjut. Terdahulu, pihak polis merakam keterangan kedua-dua individu itu selama tiga jam di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman. Ketua Editor itu dikatakan berperanan meluluskan penyiaran ilustrasi tersebut manakala Timbalan Ketua Penyunting terbabit pula adalah pereka grafik…

Read More

GRS bayangkan kerjasama dengan PH

KOTA KINABALU 17 April – Ketua Menteri Hajiji Noor, membayangkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pimpinannya masih memilih Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Pengerusi GRS itu berkata pengumuman Barisan Nasional (BN) Sabah sebelum ini yang akan bekerjasama dengan PH hanya pandangan parti berkenaan tetapi GRS sebagai kerajaan mempunyai pendiriannya sendiri. “Ya, itu BN punya pandangan. Kita kerajaan, kita sekarang adalah kerajaan negeri pada hari ini, jadi itulah pendirian kita. Tapi, untuk kebaikan negeri dan rakyat, kita tidak boleh menutup pintu rundingan, pintu perbincangan dengan…

Read More

Majlis Media platform atasi isu kesilapan

KUALA LUMPUR 17 April – Majlis Media Malaysia boleh memainkan peranan dalam mengatasi isu kesilapan bahan penerbitan termasuk yang menyentuh penggunaan salah logo serta lambang kebangsaan oleh media massa. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berharap apabila Majlis Media Malaysia diwujudkan, ia akan menjadi platform atau satu format yang sesuai untuk menyelesaikan isu seperti ini. Bagaimanapun sehingga majlis itu diwujudkan, kes seumpama itu akan diadili menerusi siasatan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). “Kita harap bila ada Majlis Media Malaysia, itulah…

Read More

Agenda pembaharuan peraturan lama

PUTRAJAYA 17 April  – Agenda pembaharuan undang-undang serta peraturan lama yang sudah tidak relevan perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap agensi kerajaan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki, berkata sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang sudah lapuk atau tidak jelas perlu ditambah baik atau dipinda. Justeru beliau menyarankan supaya semua jabatan kerajaan menyemak dan menilai semula undang-undang serta peraturan lama sejajar dengan situasi semasa masyarakat serta semua pihak berkepentingan. Pada masa sama, dalam aspek penguatkuasaan, pemantauan dan pemerhatian berterusan terhadap setiap kakitangan termasuk…

Read More

Pertukaran 31 MoU, dokumen Malaysia China

PUTRAJAYA 16 April  – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan Presiden China, Xi Jinping hari ini menyaksikan pertukaran 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dan dokumen yang merangkumi pelbagai sektor kerjasama. Majlis itu diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, petang ini, sempena lawatan negara tiga hari Xi ke Malaysia bermula Selasa. Kementerian Komunikasi menyaksikan kerjasama dalam bidang berita dan maklumat serta penyiaran termasuk MoU antara kerajaan Malaysia dan Agensi Berita Xinhua dari China. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing masing-masing mewakili Malaysia dan China dalam pertukaran…

Read More

Kwong Wah Yit Poh pula dipanggil MCMC

PUTRAJAYA 16 April – Akhbar Kwong Wah Yit Poh pula dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini. Kenyataan MCMC malam ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian. “MCMC memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut, sekiranya perlu,” kata kenyataan itu. Suruhanjaya itu turut memberi amaran tegas kepada…

Read More