Saringan ketat pemohon visa AS

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengetatkan saringan pelawat asing apabila Rumah Psemalam mengarahkan saringan media sosial terhadap semua pemohon visa AS yang pernah mengunjungi Gaza pada atau selepas 1 Januari 2007.

Menurut laporan media,  arahan itu menyatakan bahawa semakan media sosial ke atas semua pemohon visa imigran dan bukan imigran perlu merangkumi pekerja pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu pernah berada di wilayah Palestin itu atas kapasiti rasmi atau diplomatik.

Jika hasil semakan media sosial menemui maklumat yang berpotensi memberi ancaman berkaitan isu keselamatan, maka satu Laporan Keselamatan Rasmi (SAO);perlu dikemukakan.

Arahan itu merujuk kepada siasatan antara agensi bagi menentukan sama ada pemohon visa terbabit berpotensi menimbulkan risiko keselamatan kepada AS.

Langkah itu diambil ketika pentadbiran Trump membatalkan ratusan visa di seluruh negara itu, termasuk status pemastautin tetap sah di bawah undang-undang 1952.

Di bawah undang-undang itu, ia membenarkan pengusiran mana-mana pendatang yang dianggap boleh memudaratkan dasar luar AS oleh Setiausaha Negara AS.

Arahan sulit dalaman Jabatan Negara AS bertarikh 17 April itu ditandatangani oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

Pada hujung bulan lalu, Rubio berkata beliau mungkin sudah membatalkan lebih 300 visa setakat ini.

Beberapa pegawai pentadbiran Trump memaklumkan bahawa pemegang visa pelajar boleh diusir kerana sokongan mereka terhadap rakyat Palestin dan kritikan dilemparkan susulan tindakan Israel dalam perang ke atas Gaza.

Related posts

Leave a Comment