Kluster ILI kalangan pelajar di Kuala Muda

PUTRAJAYA 28 April – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda di Kedah mengesan kluster Influenza-Like-Ilness (ILI) dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pendidikan di daerah itu. Ia susulan laporan media sebelum ini berhubung kejadian penyakit berjangkit dalam kalangan pelajar dan kakitangan di institusi terbabit pada 23 April lalu membabitkan 28 kes daripada 158 pelajar yang terdedah dengan kadar serangan 17.7 peratus. Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan, enam daripada 28 kes disahkan positif Influenza A dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala 22 lagi yang bergejala ILI…

Read More

39,241 pemilih baharu sepanjang Mac

PUTRAJAYA 29 April – Sebanyak 39,241 warganegara berumur 18 tahun dan ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang Mac lalu, berbanding 34,889 pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 28 Februari 2025, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac Tahun 2025 (DPT BLN3/2025) juga merekodkan 9,000 pemilih berdaftar bertukar bahagian pilihan raya, serta 1,123 bertukar status atau kategori pengundi. DPT BLN3/2025 yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini mengandungi 39,241 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Mac yang…

Read More

Pembangkang perlu terbuka terima teguran

SEPANG 28 April – Musuh sebenar pembangkang bukanlah rakan-rakan seperjuangan sebaliknya mereka yang “menindas rakyat dan menggadaikan amanah” , kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Justeru katanya, teguran sesama dalam keluarga besar pembangkang harus diterima dengan dada terbuka dan sebagai pemimpin parti kecil, beliau tetap mendoakan kejayaan rakan Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas dan Bersatu. Katanya dalam medan politik, yang berselisih bukan musuh, yang mengkritik bukan membenci, kerana akhirnya, rakyatlah hakim yang menentukan “Walaupun kecil, sentiasa berdiri teguh di medan perjuangan untuk mempertahan  hak rakyat dan memperkasakan bangsa. Saya bukan barua…

Read More

Terumbu karang gergasi di perairan AMAALA

RIYADH – Red Sea Global (RSG) mengumumkan penemuan koloni terumbu karang gergasi spesies Pavona di perairan AMAALA, pesisir barat laut Arab Saudi, yang berpotensi menjadi tarikan utama pelancong menerusi aktiviti selam. Menurut laporan media, terumbu itu juga menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan. Ia hampir menyamai saiz pemegang rekod dunia semasa yang berukuran 32 x 34 meter, ditemukan di Lautan Pasifik dan kini diiktiraf sebagai koloni karang terbesar seumpamanya yang pernah direkodkan di Laut Merah. Akses ke lokasi itu akan dibenarkan kepada para pelawat selaras dengan prinsip pelancongan bertanggungjawab…

Read More

50 lagi terbunuh di Gaza

GAZA – Serangan terbaharu Israel pada lewat Ahad mengorbankan 50 orang di Semenanjung Gaza setelah Israel menyambung semula kempen ketenteraannya  dengan serangan harian sejak 18 Mac lalu. Tindakan Israel itu dilakukan  selepas perjanjian gencatan senjata yang menghentikan pertempuran selama dua bulan gagal diteruskan. Israel terus menyerang kawasan khemah di bahagian tengah, termasuk Deir el-Balah, kem pelarian berhampiran, serta di Bandar Gaza manakala kawasan timur bandar itu, iaitu kejiranan Tuffah, diserang bertubi-tubi selama tiga minggu, selain kawasan kejiranan Shujayea dan Zeitoun. Pertahanan Awam Palestin memaklumkan masih terdapat mangsa yang tertimbus dan…

Read More